Sunday, May 15, 2011

Resdung

Assalamulaikum..alia datang lagi(nada iklan coklat ding dang) hehe..happy sunday to all of you..ok kali ni entry aku nak bercerita perihal resdung...resdung? resdung atau sinus kerap jadi bila kita bangun awal pagi, sejuk tak pun habuk yang menyebabkan kita bersin.kadang kala resdung ni boleh buatkan seseorang tu lemah badannya..rasa tak larat nak teruskan aktiviti..aku pun salah seorang yang ada penyakit resdung or sinus...here's information about sinus..sumber from Utusan Malaysia

Sinus sebenarnya adalah rongga-rongga di dalam tulang muka yang bersambung ke hidung melalui saluran-saluran yang sangat kecil.

Sinus terletak pada bahagian muka - pipi di bawah mata, di antara dua mata, hanya sedikit di belakang hidung dan turut meliputi bahagian dahi seseorang.

Ia terbahagi kepada empat; masing-masingnya dikenali sebagai sinus frontal, sinus maksila, sinus etmoid dan sinus sfenoid.

Fungsi sebenar sinus tidak diketahui dengan tepat tetapi ada antara teori mengatakan sinus berfungsi meringankan tengkorak selain turut memainkan peranan dalam degungan suara

Gejala resdung:

* Hidung tersumbat

* Lendir daripada hidung dan tekak

* Muka berasa sakit dan berat terutamanya pada bahagian antara mata

* Sakit tekak berpanjangan dan berulang-ulang

* Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan akibat gejala di atas

* Gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya.


Punca resdung:

* Susunan tulang dalaman hidung yang sempit

* Hidung bengkok

* Mandi dan terjun di dalam air yang kotor

* Jangkitan gigi atas

* Ketumbuhan di dalam hidung

* Objek dimasukkan ke dalam hidung, contohnya putik kapas, maik dan kertas

* Tisu belakang hidung yang bengkak terutamanya kanak-kanak.


Komplikasi resdung:

* Jangkitan nanah di sekeliling kawasan mata

* Jangkitan otak (meningitis)

* Sakit tekak yang kronik

* Jangkitan tulang muka

* Memburukkan keadaan lelah

* Berdengkur yang kronik

* Jangkitan telinga dan tonsil, terutamanya kanak-kanak

* Alahan hidung atau hidung sensitif

* Selesema biasa yang melarat.


Diagnosis:

* Skop hidung untuk melihat punca resdung

* Skan CT hidung dan sinus untuk melihat rongga-rongga yang terlibat dan kawasan putih menandakan lendir atau dipenuhi nanah

Rawatan:

Berdasarkan gejala pesakit dan hasil diagnosis, rawatan bersesuaian akan disyorkan.

* Antibiotik (10 hingga 14 hari bagi resdung akut)

* Ubat selesema

* Dekongestan; ubat titis atau semburan hidung

* Pembedahan hanya akan dipertimbangkan setelah rawatan-rawatan lain tidak berkesan ataupun jika ada sesuatu yang menghalang sinus dan ia tidak dapat disembuhkan dengan ubat-ubatan.


Tip menguruskan resdung:

* Bagi pesakit yang mempunyai alahan hidung disarankan agar tidak menyapu rumah tetapi menggunakan vakum atau mop

* Elakkan makanan yang boleh menyebabkan alahan

*Setiap individu alah kepada makanan yang berlainan terutamanya ramai orang yang tidak boleh memakan makanan laut yang kaya protein atau belacan..(had ni aku pantang belacan dan cili...terkena hidung..pedih)

* Banyakkan berehat. Berbaringlah menggunakan bahagian badan yang membuatkan anda bernafas dengan lebih baik kerana ia berupaya melegakan resdung

* Hirup sup atau cecair yang panas dan minum banyak air

* Lap muka anda dengan menggunakan tuala yang dibasahkan dengan air suam ataupun melakukan pernafasan wap

* Jangan menggunakan semburan hidung dekongestan lebih dari tujuh hari. Jika tidak, bengkak di dalam sinus akan menjadi lebih teruk selepas anda memberhentikan penggunaannya

* Bilas saluran sinus menggunakan larutan salina yang boleh didapati di farmasi

* Anda juga boleh menggunakan ubat-ubatan seperti acetaminophen dan parasetamol untuk merawat kesakitan

* Berbincanglah dengan doktor anda sebelum mengambil ubat demam kerana sesetengahnya boleh memburukkan gejala resdung ataupun menimbulkan lain-lain masalah.

Aku pun sedang berusaha nak cari rawatan untuk mengurangkan resdung..banyak produk tak pun pusat-pusat kecantikkan tawarkan rawatan resdung..tapi make sure betul atau tak produk mereka ni berkesan untuk mengurangkan resdung..pilih produk terbaik ok..

That's all for today...

Love :)

p/s: nak tunjuk gambar...aku geli...korang google kalau nak tengok...:P

1 comment:

Aliah said...

thanks untuk information