Saturday, February 9, 2013

I'm Back!!

Assalamualaikum and hi! wah..so long okay tak mencoret sesuatu dalam blog ni..habuk tebal berapa inci tak dipastikan..since dah start cuti semester ini idea sudah datang so mari kita menconteng di blog ni..yeah..okay itu semua poyo..start bulan September 2012 yes I'm part 5 student a.k.a senior student..senior la sangat but then start semester bermula la busy yang tahap tak tahu cakap macam mana..final project..conduct seminar and so on..phew..memerlukan energi yang banyak gitu..but then alhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupun ada salah faham (biasa la tu) but then semuanya settle..syukur.

Tak nak cerita panjang..so here it is activity sepanjang semester 5..

Techristic Crew-Seminar Current Issues In Customer Service

Yes..ini merupakan salah satu projek akhir kelas atau course kami dimana kami perlu mengendalikan seminar berkaitan dengan Customer Service..start first day kelas kami dah kena plan untuk jayakan seminar..dari segi bajet, tempat, speaker and so on..Alhamdulillah kami berjaya :)

pre seminar punya gambar..ala-ala pre wedding..eceh.. :P

present Techristic Crew..

after seminar..thanks speaker from Maybank

Aerobic Training
Another program yang perlu dijayakan is Aerobic Training! yeah it is part of subject Human Resource Development di mana kami kena organize training untuk pekerja baru (student sebenarnya). Selama 2 bulan juga kami berlatih untuk aerobic..hujan panas kami latih juga..in the end..alhamdulillah..semua berjalan lancar dan yang penting mereka suka training kami! happy :)

Unique Crew.. Super Aerobic Style!! with Madam Ain

thanks korang..semuanya sporting :)

Pre Graduation Night

Pre Graduation Night..makan malam for final year student especially student part 5 and 6..malam meraikan bakal graduan..seriously memang excited attend event ni..awal-awal lagi plan nak pakai baju apa..nak dress up apa..excited punya hal..rugi juga kalau tak attend,once in a life..lepas ni mungkin tiada lagi peluang kot nak attend event macam tu..okay tema PGN Colour Block..apakah? colour block like warna striking contohnya warna pink dengan biru and so on..me? pilih kuning and purple as my dress that night..warna kuning ramai je guna malam tu..famous kuning you all..ehehe


okay gegirl before ke DATC, UiTM Shah Alam :)

classmates tersayang :) sorry about lighting..

gift untuk kami..boleh teka apa kami dapat? :D


Alright..sedikit sebanyak corat coret sepanjang semester 5..kenangan manis,pahit,masin,kelat semua ada but then ini merupakan memori untuk kita kenang seumur hidup..betul tak? next? masing-masing start praktikal and nervous juga memikirkan..first time kot..hopefully semuanya okay..Insha Allah..

Until then..Salam :)







Monday, August 13, 2012

Lagu Raya Lama vs Lagu Raya Baru

Assalamualaikum dan hye semua..fuhh lama tak update blog..maafkan saya..kesuntukan masa membuatkan saya tak update..al maklum..student kan..(boleh ke?)..Dan rasanya tak lambat untuk mengucapkan Salam Ramadan..walaupun Ramadan hampir ke penghujung..diharapkan ibadah kita diterima oleh Allah s.w.t..Insya Allah..

Memandangkan Syawal bakal menjelang tak lama lagi..lagu raya dah mula berkumandang..kali ini nak share lagu raya pilihan saya..sekarang ni banyak lagu raya baru dan ada juga lagu raya lama yang dinyanyikan semula..tapi bagi pendapat Alia la kan..lagi suka lagu raya lama..sebab lagu raya lama penuh dengan lirik bermakna dan juga emotional bila dengarnya..bukan bias dengan lagu raya baru tetapi lagu raya lama ni ada nilai dan keistimewaan sendiri..betul tak..macam contoh lagu Balik Kampung oleh Allahyarham Sudirman..walaupun ada penyanyi baru nyanyikan semula..tapi suka versi Allahyarham Sudirman..terasa feeling dia kan..hehe..

Antara 10 list lagu raya pilihan saya..

1. Balik Kampung-Allahyarham Sudirman

2. Dendang Perantau-Allahyarham Tan Sri P Ramlee

3.Selamat Hari Raya-Allayarham Saloma

4. Nostalgia Aidiliftri-Sharifah Aini

5. Kepulangan Yang Dinanti-Aman Shah

6. Selamat Hari Raya-Fazidah Jonet

7. Aidilfitri-Sanisah Huri

8. Menjelang Hari Raya-DJ Dave

9. Bila Takbir Bergema-Allahyarham Rafeah Buang

10. Lebaran Ini-Raihan,Now See Heart, Rem dan Ajai

Setakat ini 10 pilihan lagu raya..sebenarnya banyak lagu pilihan tapi yang ini saya rasa menjadi pilihan..korang macam mana?


Until then..selamat berpuasa :)

p/s: bukan aku bias dengan lagu raya baru tapi tak berapa berkenaan..maaf!

Tuesday, May 29, 2012

Versus MY

Testing2..hello...eh Assalamualaikum and hi....it's quite long tak update entry baru..maafkan saya..sejak start semester 4..makin banyak kerja dan tanggungjawab kena selesaikan..(kadang malas pun ada :P )

Actually banyak perkara benda berlaku..tapi better kita cerita satu-satu dulu kan :) alright back to main topic..mesti korang tau kan mengenai Versus...yeah battle antara 5 band yang boleh katakan famous kat Malaysia..tapi tula kan...tak berkesempatan nak tonton di tv tapi thanks to my friend, dia bawa saya and housemate untuk tonton live or depan mata la..eventually SpaceU8 tu tempat baru and eco green building (betul tak ayat?) just kipas besar kat atas tapi sejuk..kagum-kagum :P

Oh ya..kalau siapa tak tau apa tu Versus, Versus merupakan battle of the band antaranya Hujan,Go Gerilla, Black and Parallax, Sofazr dan Sixth Sense yang menawarkan hadiah RM 200,000..dan setiap minggu 2 band akan ke battle untuk merebut RM 10,000.. mau tak banyak kan duit tuh...boleh tonton secara live di SpaceU8 Shah Alam or tonton di TV9 pukul 9.30 malam dan juga di Hot FM..kalau tak sempat tengok...ada ulangan kat TV3 Ahad pukul 6 petang...(err...macam promoter kan :p)..kalau nasib baik..dapat la gift macam baju ke macam-macam dari mereka..ala style lempar kat peminat tuh..

Honestly, Versus memang enjoy and the band memang terbaik la...I berkesempatan tonton dalam minggu 5 dan 6..masa minggu 5 tu kan temanya lagu 90-an and minggu 6 shuffle..tapi terbaik masa minggu ke 6..sapa setuju if I said Hujan perform lagu Dan Bila Esok by Sofaz memang terbaik..

masa minggu ke 5..Black with Noh(Hujan)


Sixth Sense masa minggu 6.nyanyi lagu Aizat-Lagu Kita

Hujan..arrangement lagu tradisional...Terbaik!!

me and housemate...masa minggu 6.. :)

Okey..this week dah final Versus..hopefully boleh tengok live...(kena balik awal macam ni..haha)..last week pun tak sempat tengok ok(masa tu otw balik kampung :( )

Siapa band pilihan korang? Saya memilih Black and Parallax...ok sebelum tu layan lagu ni okay..



Until then...tata :)