Saturday, June 5, 2010

Fakta Lagi...dan Lagi

Okey..hari ini aku kasi korang fakta mengenai Fakta Aneh Tentang Filem Kungfu Cina....

1. Bapa hero mesti bernasib malang dan dibunuh musuhnya semasa hero masih kecil menyebabkan si hero hidup yatim piatu..

2. Apabila seseorang lelaki itu cedera parah,dia pasti sempat mengucapkan beberapa patah perkataan untuk memberitahu siapa pembunuhnya,kemudian terus terlentok dan diisytiharkan 'dah mati'...hehe

3. Pahlawan-pahlawannya boleh terbang melepasi bumbung,berlari panjat pokok dan melompat dari satu bukit ke satu bukit tanpa sebarang masalah.Tetapi bila hendak ke mana-mana,pahlawan-pahlawan ini berjalan kaki atau menunggang kuda...Memang pelik..

4. Hero selalunya miskin,papa kedana dan dalam keadaan genting,pasti ada sekeping dua duit emas atau perak diambil dari dalam kasut atau lipat seluarnya untuk membayar makanan.Itulah duitnya yang terakhir!

5. Hero dan penyangak selalu terserempak tidak kira betapa besarnya dunia ini dan di mana mereka berada.

6. Cukup mudah untuk menyembuhkan luka,baik luka luaran mahupun dalaman.Ia semudah duduk silang kaki,tekap tangan pada luka,lepas tu keluar asap berkepul-kepul dari tapak tangannya.Terus sembuh...dahsyatnya.....kalau macam tu dah lama aku panggil mereka ni...datang sembuhkan luka...haha

7. Boleh simpan bermacam-macam benda dalam lengan baju atau tali pinggang dan anehyna,benda-benda tersebut tidak akan jatuh walau macam mana lasak sekalipun si hero itu.Antara barang-barang tersebut ialah duit syiling emasnya untuk membeli makanan!..fuyooo

Kalau drama melayu macam mana pula ya...selalu kalau tengok drama melayu mesti temanya cerita tu sama je...tapi tak semua...

harap enjoy baca ya!

salam :)
love

No comments: