Thursday, May 19, 2011

Lipas oh Lipas....


display kartun lipas je la..yang real geli aku :)

Assalamualaikum...napa aku pilih tajuk lipas...ya..aku memang fobia and takut dengan lipas...especially lipas terbang..kalau kena kat orang..menjerit-jerit..geli aku...and ada jugak lipas busuk..jenis macam corak..huh..bau..jangan cerita la..even aku pun pernah kena lipas naik kat muka..ya allah..geli-geliman aku dibuatnya..huh..by the way ada juga fakta menarik mengenai lipas..check it out..

  • Nama lipas atau dalam Bahasa Inggeris cockroach berasal daripada perkataan Sepanyol “cucaracha” yang membawa maksud serangga gila..(memang gila)
  • Seekor lipas boleh menahan nafas selama 40 minit.. (simbah air pun tak mati-mati lagi even sembur dengan spray serangga)
  • Seekor lipas boleh hidup 3-4 minggu walaupun kepala dia dah putus( kalau cicak putus ekor hidup lagi :P )
  • Kalau berlaku peperangan nuklear, lipas adalah satu-satunya makhluk yang boleh hidup (dahsyat)
  • Lipas mempunyai darah berwarna putih
  • Kebanyakkan lipas boleh terbang tapi bukan kesemuanya. (memang pun :P)
  • Lipas yang paling besar di dunia adalah Macropanesthia rhinocerus berasal daripada Australia yang beratnya adalah 50gram
  • Lipas goreng adalah makanan yang biasa di Cambodia (ni pun nak jadi makanan ke?)
  • Lipas makmal betina boleh menghasilkan anak tanpa bantuan lipas jantan dan anak-anak dia semua betina
  • Lipas anak hanya perlu mengawan sekali dan mampu menghasilkan anak sepanjang hidupnya
  • Agak mustahil untuk menangkap seekor lipas sebab dia ada rambut-rambut halus yang boleh mengesan angin daripada pergerakkan apa-apa yang menghampirinya. (patutla)
  • Semasa perang di Vietnam, tentera Amerika menggunakan lipas untuk mengenal pasti askar-askar komunis yang menyamar sebagai petani
  • Lipas ada gigi di dalam perutnya (macam mana lipas makan?)
  • Lipas yang dilumatkan boleh boleh membantu menghilangkan kesan bisa jika dilumurkan pada tempat tu
  • Lipas boleh menukar arah sebanyak 25 kali dalam masa satu saat(kelam kabut juga lipas ni bila ada orang datang)
  • Kalau lipas patah kaki, kaki itu boleh tumbuh semula
  • Lipas bernafas melalui bahagian tepi badannya dan bukan melalui hidung
  • Lipas hanya ada 6 kaki tapi memiliki 18 lutut (body builder ke?)
  • Lipas boleh berlari sepantas 3 batu sejam (kalah aku..hahaha)
  • Lipas dikatakan menghabiskan 75% masa sehari dengan hanya duduk tanpa buat apa-apa..(tidur,makan,lepak)
sumber cisdel.com

macam mana? agak geli kan..haha..aku pun..ok lepas ni tolong jadi penyelamat aku bila nampak lipas..ok? hehe..

that's all for my entry :)

No comments: