Sunday, May 23, 2010

DIET...

salam...sudah lama aku tak update blog ni...mencari idea dan malas nak menulis...that's a reason..tapi aku sudah janji sama kamu aku akan update bila aku ade idea...so hari ni aku terbaca artikel mengenai 15 jenis makanan yang boleh bantu kamu jadi langsing...interesting kan...kalau bab makanan ni biasalah...ada yang kawal permakanan dan ada yang sumbat je semua makanan yang ada..hehe....janji kesihatan bagus sudah la...

Breakfast/Sarapan...

1. Putih Telur>asid amino yang terkandung dalam putih telur dapat membantu membina otot tubuh.Apabila proses ini berlaku,secara tidak langsung proses metabolisme badan juga akan meningkat.

2. Keju>Dikatakan dapat membantu keberkesanan diet kamu kerana mengandungi sejenis protein.Protein ini akan merembeskan sejenis hormon untuk dihantar ke otak sebagai 'signal' pemberitahuan bahawa kamu sudah makan dengan secukupnya.



3. Bijirin Oat>tidak mengandungi gula tambahan dan juga membantu mengekalkan pelancaran aliran darah.



Makan Tengah Hari/Lunch



4. Sayuran dan Kekacang>Ikan bakar dan sayuran adalah pilihan terbaik menu tengah hari kamu.setengah cawan sayuran atau kekacang mengandungi kira-kira 150 kalori dan kaya dengan serat,protein dan anti oksidan.



5. Yogurt bebas lemak>Pilihan terbaik bagi yang berdiet kerana mengandungi kurang dari 10 kalori bagi 1 sudu besar yogurt(anggaran bagi yogurt asli). Kamu boleh makan begitu sahaja atau jadikan sebagai bahan tambahan di dalam sald atau sandwic sebagai pengganti mayonis.



6. Limau nipis atau lemon>Jus lemon atau limau nipis juga membantu membuang lemak dalam tubuh.Haruman sitrusnya secara psikologi pula akan membuatkan anda terasa lebih segar untuk menikmati makanan sihat dan berkhasiat.



Minuman Petang/Tea Time...



7.Energy Bars>pilihan terbaik ketika minum petang kerana hanya mengandungi separuh lemak dan kalori berbanding mee goreng dan aiskrim.



8. Lobak merah>sangat rendah kalori iaitu hanya 52 kalori untuk satu cawan lobak merah (dipotong halus). Lobak merah juga kaya dengan serat dan elok untuk penghadaman.



9. Kerepek soya>Biji soya yang dikeringkan dan dibakar amat sesuai dijadikan snek ringan berbanding dengan kerepek lain.1.3 auns kerepek soya mengandungi 140 kalori.Anda juga akan mendapat kira-kira 9 gram protein untuk satu hidangan



10. Buahan kering>Kaya dengan serat dan tidak memiliki lemak tepu.Walau bagaimanapun,kandungan kalori agak tinggi dalam buah-buahan kering.Jadi hadkan pengambilannya kepada 1/4 cawan sahaja.



Makan Malam/Dinner



11. Udang>mengandungi 84 kalori bagi 3 auns hidangan iaitu 2/3 daripada kalori yang terkandung dalam daging ayam.Kamu hanya perlu rebus udang yang telah dibuang kulit dan campurkan bersama sedikit minyak zaitun,kacang pis,garam dan lada sulah.



12. Tauhu>Hanya mengandungi kira-kira 50 kalori bagi setiap 3 auns.boleh jadikan tauhu sebagai ramuan utama masakan sup atau dibakar.



13. Ayam Panggang>Daging ayam berasa dalam golongan daging putih.Kamu boleh memanggang daging ayam (tanpa kulit) begitu sahaja atau hanya diperap bersama lada dan herba tanpa sos barbeque dan sebagainya.Dengan cara ini mampu menyelamatkan kira-kira 240 kalori dan masuk ke tubuh kamu.



14. Ubi Kentang manis>1 biji ubi kentang bersaiz sederhana mengandungi 115 kalori dan tidak akan menaikkan kandungan gula dalam darah berbanding dengan ubi kentang biasa.Prinsipnya,ubi kentang ini haruslah dibakar atau dipanggang dan bukan digoreng.



15. Sos Salsa>terdiri daripada tomato segar,bawang dan cili yang ditumis bersama minyak zaitun.Dua sudu sos salsa yang digunakan adalah 50 kalori lebih rendah dan kurang 5 gram lemak berbanding krim sos.



Inilah cara-cara untuk kamu yang nak diet tanpa seksa diri sendiri...amalkan tips ynag diberikan ini...Insya allah badan pun boleh ramping kan....hehe...don't forget to work out too...membantu juga untuk turunkan berat badan....




Karbohidrat,Protein,Vitamin




Avoid this food...hehe...nampak sedap tapi kalori tinggi..fuhh

Love your Life

:)

No comments: