Salam...hari ni aku mahu berkongsi mengenai kandungan tepung yang kita selalu gunakan dalam masakan seperti membuat kuih,kek,pastri dan sebagainya..Thanks to my cousin,Kak Niza sebab beri informasi ini yang sangat berguna kepada kita...
TEPUNG SERBA GUNA.Tepung serba guna yang sesuai untuk sebarang jenis masakan. Secara lazimnya, kita menggunakan tepung gandum (biasa) kerana lebih mudah didapati.
TEPUNG BERPROTEIN TINGGI.Tepung berprotein tinggi untuk membuat roti kerana daya menganjalnya agak tinggi, jadi lebih sempurna setelah diadun dengan yis. Tepung ini mempunyai tahap glutin yg tinggi.
TEPUNG BERPROTEIN RENDAH.Tepung berprotein rendah pula adalah lebih sesuai untuk dibuat kuih pau dan seumpamanya.
TEPUNG GANDUM.Tepung gandum biasa yang banyak dipasarkan secara komersial. Fungsinya serupa dengan tepung serbaguna.
TEPUNG KRIMER.Krimer adalah seperti susu (berlemak tambahan) yang sering dibubuh ke dalam minuman seperti Nescafe atau teh. Boleh dibeli di dalam pek atau di dalam botol sebagai Non-Dairy Creamer. Yang dimaksudkan di sini, adalah tepung susu daripada jenama “Carnation”.
TEPUNG NAIK SENDIRI/SELF RAISING FLOUR.Tepung naik sendiri atau juga dipanggil tepung berserbuk penaik mempunyai kandungan serbuk penaik serta sedikit soda penaik (baking powder / soda bicarbonate). Tepung jenis ini banyak dijual di pasaraya. Namun jika tiada, ayak 250 gm tepung gandum dengan 1 sudu makan (rata) serbuk penaik. Hasilnya tetap sama.
TEPUNG SUPERFINE atau SOFT FLOUR.Superfine sama dengan flourcake flour.Tekstur Tepung ini halus,seperti self raising flour tapi tiada bahan penaik didalamnya seperti self raisingflour.Tepung nie dikotegeri dalam tepung low protien.
TEPUNG ROSE atau TEPUNG BISKUT.Rose Flour ada mengandungi bahan yg boleh merangupkan biskut tetapi anda tidak perlu mengurangkan penggunaan tepung jagung jika sukatan tepung jagungitu tidak terlalu banyak. Biskut yg diperbuat dengan Rose Flour akan menjadi lebih rangup jika dibandingkan dengan biskut dari tepung gandum.Tepung Rose juga dikenali sebagai Tepung Top dan Tepung cookies.Elok kalau dibuat Biskut Almond London.
TEPUNG HONG KONG.Tepung Hong Kong juga dikenali sebagai Water Lily Flour, iaitu sejenis tepung yang sangat putih sering kali digunakan untuk membuat pau. Sesetengah kedai membekalkan peralatan kek atau biskut tidak menjual tepung jenis ini kerana ia mudah rosak (sama ada berkutu atau berkulat). Sebagai gantinya, gunakan tepung pau di dalam kotak (jenis Blue Key atau jenama lain yang bersamaan nilai-nilai protein di dalamnya) walaupun hasilnya mungkin tidak serupa tetapi rasanya tetap serupa.
TEPUNG PULUT.Glutinous rice flour ialah tepung pulut (berwarna putih) dan diimpot dari negara jiran, Thailand. Plastik pembungkusannya hampir sama dengan plastik tepung beras jadi, jangan terkeliru. Dihasilkan dengan teknologi moden sehingga semua kandungan khasiat yang ada pada beras tidak hilang.Tepung ini mengandungi 100% beras merah asli. Yang dimaksud dengan beras merah bukanlah beras itu berwarna merah, sebaliknya beras yang telah dibuang bahagian merah pada mata padinya. Selain kaya dengan vitamin E dan B serta mudah dicerna, pengidap penyakit kencing manis dan ibu mengandung, sesuai mengamalkannya.
TEPUNG WHOLEMEAL atau TEPUNG ATTA.Tepung gandum tulen yang mengandungi serat gandum yang tidak hancur. Tepung ini tidak boleh diayak dan jika digunakan, hasil roti atau muffin agak berat (heavy-textured).
TEPUNG HOEN KWEE.Tepung hoen kwee digunakan untuk buat kuih muih bagi sesetengah masyarakat. Namun di pasaran teoung jenis ini mempunyai pelbagai jebis warna pembungkusnya. Plastik berwarna oren mempunyai adunan tepung kekuningan (pastel yellow).Manakala plastik hijau mengandungi adunan tepung kehijauan (pastel green) tetapi anda perlu mencampurkannya dengan jus pandan dan beberapa titik pewarna hijau untuk mendapatkan warna yang terang. Sementara plastik biru mengandungi adunan tepung putih. Gunakanlah mengikut kesesuaian anda.
TEPUNG KASTAD.Selain mewangikan, tepung kastad akan membuat tekstur kek lebih rapat. Anda boleh gantikan tepung kastad dengan tepung gandum jika suka. Bagaimanapun untuk mendapatkan kek yang lebih gebu, gantikan juga tepung gandum dengan tepung naik sendiri dan lihatlah hasilnya.
TEPUNG UBI.Tepung kanji adalah tepung ubi kayu (lebih meliatkan adunan) namun bagi sesetengah tempat, biasa juga menggantikannya dengan tepung sagu (sago flour).
TEPUNG JAGUNG.Tepung jagung fungsinya memang memekatkan walaupun agak berbeza dari penggunaan tepung ubi.
TEPUNG NAIK SENDIRI.Tepung naik sendiri adalah SELf-RAISING FLOUR atau ‘Flour with Added Raising Agent’. Tepung naik sendiri mempunyai kandungan serbuk penaik serta sedikit soda penaik (baking powder and/or soda bicarbonate)
TEPUNG GLUTINOUS RICE.Glutinous rice flour ialah tepung pulut (putih) yg dijual di merata kedai (termasuk kedai mamak). Ia diimport dari Thailand. Plastik pembungkusnya hampir sama dengan paket rice flour (tepung beras). Jadi, jangan terkeliru.
TEPUNG BERAS.Terdiri dari gluten-free, dibuat dari beras yang dimesin halus. Banyak digunakn dalam membuat kueh ttradisional [kueh apam, lapis, talam] dan juga sebagai bancuhan gorengan kueh, Juga untuk pembuatan bihun dan laksa.
TEPUNG SAGU.Terdiri dari tepung yang gluten-free. Dibuat dari bagian tengah pohon sagu.Batang pokok sagu dikisarkan dan direndamkan supaya sagunya mendap. Mendapan ini dikeringkan dan dijadikan tepung. Selalunya digunakan dalam membuat bubur, lempeng, keropok.
TEPUNG KEK.Tepung kek atau cake flour tidak banyak bezanya dengan superfine flour (boleh dibeli di dalam kotak) tetapi, anda akan dapat hasil yg agak sama jika anda mengayak tepung gandum sebanyak 3 kali.
TEPUNG OPTIMA.Tepung Optima adalah sejenis tepung yang mengandungi gula di dalamnya.Tepung Optima ini adalah tepung yang telah siap sedia untuk kita menyediakan Kek Sponge. Apa yang perlu kita buat adalah hanya masukkan telur, air mentega dan tepung optima. Pukul adunan itu semua dengan mixer sehingga adunana menjadi pekat dan likat. Kemudian ia sedia dibakar.
TEPUNG KACANG HIJAU.Selalu digunakan untuk membuat kueh koleh kacang dan kueh tepung gomak. Terhasil dari kacang hijau yg digorengkan tanpa minyak, kemudian dibuangkan kulitnya dan dikisarkan menjadi tepung. Banyak dijual di kedai dalam paket bewarna agak kekuningan. Tepung ni berbeza dari tepung hoen kwee (juga tepung kacang yg diimpot dari Indonesia untuk membuat kueh tako).
TEPUNG BISKUT MARIE.Sejenis tepung yang selalu digunakan dalam pembuatan kek lapis. Ia terhasil daridapa biskut marie yg dikisar halus dan diayakkan. Ulangi mengisar sehingga betul-betul halus.
So lepas ni kalau nak guna tepung untuk masakan kamu gunakan panduan ini ya...Selamat Mencuba!
love :)
2 comments:
tq 4 ur info....very useful
you're welcome twinseera
Post a Comment