Sunday, August 28, 2011

Salam Aidilfitri

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan...Ramadhan akan berakhir...tentunya kita akan merindui Ramadhan yang memberi kerahmatan dan kemuliaan kepada umat Islam..maka sempena lebaran ini, saya ingin menyusun sepuluh jari mohon maaf atas kekhilafan dan ketelanjuran kata..kepada keluarga dan sahabat handai...maaf jika ada terkasar bahasa..jaga diri dan semoga ceria pada lebaran nanti...kepada readers,followers,stalker..etc..ecece..mohon maaf kalau ada entry saya sebelum ini yang membuatkan anda tersinggung...Selamat Hari Raya Aidilfitri..Maaf Zahir dan Batin..Jangan main mercun..nanti tak raya kang..hoho..


Salam Lebaran semua...

p/s:kali ini ayat skema sikit..ok la kan..kalau ada jemputan rumah terbuka..jemput la saya ya :)

Wednesday, August 24, 2011

Wordless Wednesday - 8

Salam Ramadhan...dah lama x post WW hari ni so here's a pic...


Mood: Nak Raya... :)

Tuesday, August 16, 2011

Kad Raya oh Kad Raya..

Assalamualaikum dan salam ke 16 Ramadhan..sedar tak sedar kejap je 16 ramadhan..lagu raya dah dok putar tapi puasa jangan lupa :) bercerita mengenai kad raya ni..zaman sekarang ni dah makin canggih..yela mau taknya ada Facebook dan yang sama waktu dengannya..salah satu cara yang digunakan post gambar diri and tagged kawan-kawan tak pun guna sms sudah nak bagi ucapan raya ni...tapi kan berapa lama boleh simpan message tu..silap dah hilang tak pun dah delete..

Kad raya ni aku rasa tak lapok dek zaman..tengokla..macam-macam design kad raya sekarang..lawak ada..biasa ada tak pun kad raya siap ada bunyi dengan sekali CD dalam tu..selalu tuju kat kekasih la..
Bagi pendapat aku, kad raya still relevan..ada makna dan kenangan pada seseorang...nak dekat raya ni kan..kad raya jadi pilihan pengganti diri...

First kad raya dapat masa 2001 time tu darjah 5..budak sekolah..excited la sebab dapat kad raya daripada best friend..starting daripada tu la kami saling berbalas kad raya..wajib! hehe

     first kad raya...dah 10 tahun simpan :)

koleksi kad raya from best friend and cousin..tiap-tiap tahun send :)

Yang best masa sekolah..tak perlu guna pos tak pun setem nak kirim kad raya...bagi by hand aje..terasa best masa tu..sebagai balasan..aku pun kena la send la balik kat mereka sebagai tanda terima kasih..ecece..rindu nak buat balik macam tu...


kad raya masa zaman sekolah..rinduuuu

Bila kumpul kad raya..dalam 16 kad raya disimpan..banyak la juga...


banyak tak? :)

Memang aku akui..kad raya ni ada sentimental value kat diri seseorang..for me lebih suka hantar kad raya daripada gunakan teknologi sekarang..korang pula bagaimana?

p/s: setem sekarang kalau nak pos 60 sen je...tak la mahal.. :)

Saturday, August 13, 2011

Segmen Promosi Blog 500 Follower ke Bawah

Assalamualaikum dan salam ramadhan semua..kali ni aku join segmen Anif Abdullah iaitu Segmen Promosi Blog 500 Follower ke Bawah..at least aku boleh promote my blog kepada orang lain...berminat join tau...


  1. Follow blog----Done
  2. Copy banner---done

3. Paste----sudah...

4. Nama: Nuraliah Husna a.k.a Aliah Husna :)
    Hobi: Photography,Menulis and mendengar lagu...

5. Tinggalkan link--- send :)

6. Tag kawan...I choose Siti Norbaiti

Tarikh tutup penyertaan 22 Ogos 2011..tak lama lagi tu...

Inilah chance korang untuk nak meningkatkan follower below 500..above tak diterima :p...Jom join :)




Tuesday, August 9, 2011

Kenangan Lucu Tatkala Ramadhan

Salam dan salam ramadhan..almost 1 minggu lebih tak update blog..maaf la kalau korang ternanti-nanti entry aku yang latest (perasan)..kali ni aku berkongsi cerita tatkala berlaku dalam bulan puasa..peristiwa ini terjadi ketika kami mahu menyelesaikan assignment Customer Service Principle..masa tu terjadi dalam bulan puasa..bulan puasa pun kena juga la pergi..kalau tak failed..aku bersama 3 ahli yang lain..Keyla,Zila,Ika and Dazy menuju la ke company McDonald..bukan senang woo nak kesana..dalam 3-4 kali la naik turun bas..habis duit tambang..yelah kami kena ada kat sana dalam pukul 3 petang..

Nak jadikan cerita..sampainya kami di 1 tempat perhentian bas tak silap kat Highway Shah Alam..kami berempat turun dan menunggu bas nombor berapa ntah kami kena naik untuk ke Damansara..kami dengan selambanya duduk dengan muka-muka yang tak dikenali..mulanya aku tak perasan la why ramai ada kat situ..tengok tangan orang ada pakai rantai..but..dalam beberapa minit kemudian baru perasan..la polis tengah buat operasi tangkan pendatang asing yang tak ade permit..no wonder la ada polis siap pegang gari and menyamar..yang penumpang bas lain yang perhati dalam bas dok senyum-senyum aje..aish..dah la kami pakai baju kurung siap student card lagi..duduk dengan mereka..mau tak orang dok senyum kat kami..haha..but a few minutes later..bas pun datang and tinggalkan pendatang asing yang dok kena gari...masing-masing tergelak dok mengenang kejadian tu...

Bila terkenang balik peristiwa tu..kelakar rasanya..tapi alhamdulillah..finally done juga interview petang tu dengan keadaan puasa dengan letih...

before nak ke HQ McDonald...

p/s:apa kenangan lucu korang masa bulan puasa?