Monday, May 31, 2010

Reunion 5 Melati Batch 2007 :)

Salam...semalam merupakan reunion kami bekas pelajar SEMAJA especially 5 Melati 2007 (kelas akaun)...yang pasti guru kesayangan kami iaitu Puan Norain Husni sudi belanja kami..Terima Kasih Cikgu! Sayang Cikgu :)

Agenda pertama..KFC..port lepak dan berkumpul...seramai 9 orang join reunion kami...sebenarnya Cikgu Ain nak pergi umrah dari 8 Jun sampai 20 Jun...jadi kesempatan ini diambil untuk berkumpul dan bertanya khabar masing-masing...tak berubah pun walaupun dah 2 tahun tinggalkan SEMAJA....

Inilah kami di KFC...riuh... :)

Sebelum makan









Dah puas makan...bergambar la kita...:)



Next kami pergi ke Menara Condong..Macam rombongan Cik Kiah pula..ramai-ramai jalan kaki ni..hehe...saja bergambar di Menara Condong...




That's us..


Kami semua!

Kalau nak tengok gambar lain...rujuk di facebook aku..hehehe...

Lepas Menara Condong...kami minum ABC di Bumbung Biru...ABC ok cuma tak manis...dengan selamba kami minta dengan tuan punya gerai..mintak gula merah





Air Batu Campur...kurang manis..hehe


Sudah habis minum ABC dan dok menyembang sakan..kami decide pergi Giant...Giant lagi...hehe..kali ini cuci-cuci mata saja dan Raja sekali lagi belanja kami dengan aiskrim Mc Donald...sedap tau...thanks again Raja... :)


Jam pun sudah pukul 6.30 petang..kami pun berpisah...Insya allah kita jumpa lagi



Thanks Linda dan Farah.. :)

Don't Forget: Nurul Ain,Siti Holijah,Siti Norbaiti,Nurul Syahida,Maizatul Aiman,Raja Nur Aliya..

Love :)

Sunday, May 30, 2010

Kenduri Kahwin dan Lata Ulu Chepor...

Salam semua

Kali ni aku berkongsi cerita mengenai aktiviti cuti-cuti aku...3 hari cuti ada saja jemputan kahwin...tapi kami decide menerima jemputan walimatul urus guru adik aku di Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh a.k.a SABDA...pada permulaannya jenuh juga kami mencari rumahnya..bukan apa sign board pun tak nampak...pusing punya pusing..tanya orang arah tuju yang kami cari last-last jumpa juga..payah betul la...huhu...Alhamdulillah selamat sampai walaupun sudah masuk kawasan sasaran(cehh) jenuh mencari lorong yang dicari....Selamat Pengantin Baru..Hingga Kekal ke anak cucu!


Next destination...mandi air terjun..ini pun satu lagi..sesat juga...jenuh la mencari mana la location Lata Ulu Chepor ni...sign board tak kelihatan...alih-alih sampai ke Jelapang...nasib baik tak jauh sangat nak patah balik...akhirnya sampai juga di Lata Ulu Chepor...sudah lebih berapa tahun tidak pergi..seingat aku pergi masa aku budak sekolah rendah lagi...hehe...So kami menghabiskan masa di sini...



Aku tak mandi pun kat Ulu Chepor ni....malas jadi adik bongsu aku saja la yang mandi...rendam-rendam kaki pun sudah bagus...rehatkan minda dan badan :)



merendam kaki...siap dengan baju kurung lagi...haha

Sudah puas merendam..apa lagi Ipoh tempat yang dituju...ke The Store,Ipoh..kebetulan hujan lebat..singgah la sebentar...jalan-jalan cuci mata...hehe....sudah reda hujan kami ke Tesco Station 18....sepanjang jalan ke sana...air naik dan banjir kilat berlaku...nasib baik kami naik van..kalau kereta tak taulah apa nasib enjin....

Sesampai di sana...agenda shopping menjadi target...kali pertama juga la aku buat pemeriksaan resdung di gerai Permata Hijrah..tak sampai 5 minit dah pedih mata...bersin mula berlaku...tahan saja la...huhu....sampai sahaja ke rumah baru reda sikit selesema.... :(

That's my activity seharian di Chemor....lain kali aku datang lagi..

Love :)

Prince Of Persia..dan jenjalan :)



Okey Puteh...main teddy bear Pooh tu..jangan kacau saya...hehe
Kring.....Kring...aku dapat call daripada shikin..."Alia..jom tengok wayang..Raja ajak.." "okey..nanti aku decide ya"...aku fikir lama juga tak keluar..asyik terperuk dalam rumah saja..so aku Jom pergi...hehe..set 2.30 p.m keluar rumah..weee..Thanks to Raja Nur Aliya..dengan susah payahnya membelanja kami ni... :)


Prince Of Persia cerita yang diadaptasi daripada video game...dah banyak video game difilemkan..untung la orang yanag mereka video game...berjuta-juta boleh kaut

Prince Of Persia,The Sands Of Time mengisahkan sebuah empayar kecil di sebuah padang pasir berebutkan sebilah pisau yang ada keistimewaan iaitu kembali kepada masa lalu untuk membetulkan kesilapan and whatever la...memang menghiburkan..lawak..action..terpikat kat Dastan tu..macho...Puteri Tamina...lawa...Tus...Nizam..jahat dia tu...ada helah nak bunuh raja semata-mata nak kan pisau tu... 4 star untuk Prince Of Persia...

Dah habis tengok wayang..rasa masa masih ada..decide pergi ke Giant...nak belikan barang yang dipesan oleh adik aku...and sebelum naik tu terpandang satu belon..cantik..sempena Hari Ibu...design belon I Love You..





cantik kan... :)


So..sudah habis shopping barang adik aku..kami pun ke taman..tak tahu taman apa diberi tapi taman ni dulu masa zaman kanak-kanak aku selalu la pergi taman permainan ni..kami tinjau-tinjau apa yang ada....




Tengok air Sungai Perak naik....


Menara Tinjau yang hampir siap....

Kami menghabiskan masa yang ada melepak di taman yang tak siap lagi...Enjoy...

Terima Kasih Ikin dan Raja..lain kali kita keluar lagi ya...

Love

:)

Wednesday, May 26, 2010

KUCING SAYA

salam semua....kali ni saya mau cerita mengenai kucing-kucing yang dibela,dikasihi oleh family saya...keluarga saya memang suka kucing..since arwah atuk pun suka kucing....kucing kan binatang yang comel....dan lincah juga....

let me introduce my cat :)




Biodata:



Nama: Tam Tin Ton...(funny name...given by my dad)

Sudah lama kami bela dia...dah dekat berapa tahun tapi sekarang ni makin garang pulak dia..balik rumah aje mesti minta makan..(wajib....dari jauh dah dengar suara..miau..miau)..tapi kucing ni jenis tak manja...dari kecil asyik lepaskan Tam keluar lepas makan..sebab itu Tam tak manja..sekarang pun dah makin dahsyat...garang woo...tak berani rasanya nak pegang Tam...takut cakar aku...luka habis..

Biodata

Nama: Si Ibu..(nama tak bagi pun..tiba-tiba datang rumah..dibela adik bongsu aku)


Sebelum kami bela dia ni,secara tiba-tiba kucing ni dibawa balik oleh adik aku...katanya nak bela sehari pastu letak balik tempat asal...last2...bela tiap-tiap hari..entah dah berapa bulan bela dia ni...Si Ibu ni manja tapi kadang tu rimas...pantang je salah sorang ahli keluarga kami pergi ke dapur..dia dengan pantas memecut laju...kalau masuk larian..rasanya kalah manusia...kadang tu gigit kaki ketika kami sedang makan...and one thing is dia ni jenis memilih makan...banyak songeh betul la ko ni..tapi baru-baru dia baru je melahirkan seekor anak kucing yang comel....



Biodata
Nama: Kitty..(aku bagi nama ni..hehe)

Inilah anak kucing si ibu tadi....hari ini genaplah sebulan dia dilahirkan..aku selalu main dengan Kitty walaupun badan kecil je....kalau nampak tangan aku je mesti dia hisap tak pun dia gigit tangan aku...boleh tahan Kitty gigit....dah pandai main pun..berjalan pun tak kuat lagi...tunggu sedikit masa lagi..lincah la dia ni....

Kucing terbaru...kucing comel,lincah dan cerdik...tengok la video ni....

video

Namanya Puteh....baru berapa hari bela dia....bulu lembut...macam karpet...hehe...tapi satu sahaja la...dia tak reti nak buang najis lagi...tapi nasib baik dah sedia pasir...tak de la asyik buang kat lapik kaki je..

setakat ni dah 4 ekor sudah bela....coming soon tak tau macam mana...Aku sayang kucing-kucing aku...

Love :)

Monday, May 24, 2010

Tepung...Tepung...

Salam...hari ni aku mahu berkongsi mengenai kandungan tepung yang kita selalu gunakan dalam masakan seperti membuat kuih,kek,pastri dan sebagainya..Thanks to my cousin,Kak Niza sebab beri informasi ini yang sangat berguna kepada kita...

TEPUNG SERBA GUNA.Tepung serba guna yang sesuai untuk sebarang jenis masakan. Secara lazimnya, kita menggunakan tepung gandum (biasa) kerana lebih mudah didapati.

TEPUNG BERPROTEIN TINGGI.Tepung berprotein tinggi untuk membuat roti kerana daya menganjalnya agak tinggi, jadi lebih sempurna setelah diadun dengan yis. Tepung ini mempunyai tahap glutin yg tinggi.

TEPUNG BERPROTEIN RENDAH.Tepung berprotein rendah pula adalah lebih sesuai untuk dibuat kuih pau dan seumpamanya.

TEPUNG GANDUM.Tepung gandum biasa yang banyak dipasarkan secara komersial. Fungsinya serupa dengan tepung serbaguna.

TEPUNG KRIMER.Krimer adalah seperti susu (berlemak tambahan) yang sering dibubuh ke dalam minuman seperti Nescafe atau teh. Boleh dibeli di dalam pek atau di dalam botol sebagai Non-Dairy Creamer. Yang dimaksudkan di sini, adalah tepung susu daripada jenama “Carnation”.

TEPUNG NAIK SENDIRI/SELF RAISING FLOUR.Tepung naik sendiri atau juga dipanggil tepung berserbuk penaik mempunyai kandungan serbuk penaik serta sedikit soda penaik (baking powder / soda bicarbonate). Tepung jenis ini banyak dijual di pasaraya. Namun jika tiada, ayak 250 gm tepung gandum dengan 1 sudu makan (rata) serbuk penaik. Hasilnya tetap sama.

TEPUNG SUPERFINE atau SOFT FLOUR.Superfine sama dengan flourcake flour.Tekstur Tepung ini halus,seperti self raising flour tapi tiada bahan penaik didalamnya seperti self raisingflour.Tepung nie dikotegeri dalam tepung low protien.

TEPUNG ROSE atau TEPUNG BISKUT.Rose Flour ada mengandungi bahan yg boleh merangupkan biskut tetapi anda tidak perlu mengurangkan penggunaan tepung jagung jika sukatan tepung jagungitu tidak terlalu banyak. Biskut yg diperbuat dengan Rose Flour akan menjadi lebih rangup jika dibandingkan dengan biskut dari tepung gandum.Tepung Rose juga dikenali sebagai Tepung Top dan Tepung cookies.Elok kalau dibuat Biskut Almond London.

TEPUNG HONG KONG.Tepung Hong Kong juga dikenali sebagai Water Lily Flour, iaitu sejenis tepung yang sangat putih sering kali digunakan untuk membuat pau. Sesetengah kedai membekalkan peralatan kek atau biskut tidak menjual tepung jenis ini kerana ia mudah rosak (sama ada berkutu atau berkulat). Sebagai gantinya, gunakan tepung pau di dalam kotak (jenis Blue Key atau jenama lain yang bersamaan nilai-nilai protein di dalamnya) walaupun hasilnya mungkin tidak serupa tetapi rasanya tetap serupa.

TEPUNG PULUT.Glutinous rice flour ialah tepung pulut (berwarna putih) dan diimpot dari negara jiran, Thailand. Plastik pembungkusannya hampir sama dengan plastik tepung beras jadi, jangan terkeliru. Dihasilkan dengan teknologi moden sehingga semua kandungan khasiat yang ada pada beras tidak hilang.Tepung ini mengandungi 100% beras merah asli. Yang dimaksud dengan beras merah bukanlah beras itu berwarna merah, sebaliknya beras yang telah dibuang bahagian merah pada mata padinya. Selain kaya dengan vitamin E dan B serta mudah dicerna, pengidap penyakit kencing manis dan ibu mengandung, sesuai mengamalkannya.

TEPUNG WHOLEMEAL atau TEPUNG ATTA.Tepung gandum tulen yang mengandungi serat gandum yang tidak hancur. Tepung ini tidak boleh diayak dan jika digunakan, hasil roti atau muffin agak berat (heavy-textured).

TEPUNG HOEN KWEE.Tepung hoen kwee digunakan untuk buat kuih muih bagi sesetengah masyarakat. Namun di pasaran teoung jenis ini mempunyai pelbagai jebis warna pembungkusnya. Plastik berwarna oren mempunyai adunan tepung kekuningan (pastel yellow).Manakala plastik hijau mengandungi adunan tepung kehijauan (pastel green) tetapi anda perlu mencampurkannya dengan jus pandan dan beberapa titik pewarna hijau untuk mendapatkan warna yang terang. Sementara plastik biru mengandungi adunan tepung putih. Gunakanlah mengikut kesesuaian anda.

TEPUNG KASTAD.Selain mewangikan, tepung kastad akan membuat tekstur kek lebih rapat. Anda boleh gantikan tepung kastad dengan tepung gandum jika suka. Bagaimanapun untuk mendapatkan kek yang lebih gebu, gantikan juga tepung gandum dengan tepung naik sendiri dan lihatlah hasilnya.

TEPUNG UBI.Tepung kanji adalah tepung ubi kayu (lebih meliatkan adunan) namun bagi sesetengah tempat, biasa juga menggantikannya dengan tepung sagu (sago flour).

TEPUNG JAGUNG.Tepung jagung fungsinya memang memekatkan walaupun agak berbeza dari penggunaan tepung ubi.

TEPUNG NAIK SENDIRI.Tepung naik sendiri adalah SELf-RAISING FLOUR atau ‘Flour with Added Raising Agent’. Tepung naik sendiri mempunyai kandungan serbuk penaik serta sedikit soda penaik (baking powder and/or soda bicarbonate)

TEPUNG GLUTINOUS RICE.Glutinous rice flour ialah tepung pulut (putih) yg dijual di merata kedai (termasuk kedai mamak). Ia diimport dari Thailand. Plastik pembungkusnya hampir sama dengan paket rice flour (tepung beras). Jadi, jangan terkeliru.

TEPUNG BERAS.Terdiri dari gluten-free, dibuat dari beras yang dimesin halus. Banyak digunakn dalam membuat kueh ttradisional [kueh apam, lapis, talam] dan juga sebagai bancuhan gorengan kueh, Juga untuk pembuatan bihun dan laksa.

TEPUNG SAGU.Terdiri dari tepung yang gluten-free. Dibuat dari bagian tengah pohon sagu.Batang pokok sagu dikisarkan dan direndamkan supaya sagunya mendap. Mendapan ini dikeringkan dan dijadikan tepung. Selalunya digunakan dalam membuat bubur, lempeng, keropok.

TEPUNG KEK.Tepung kek atau cake flour tidak banyak bezanya dengan superfine flour (boleh dibeli di dalam kotak) tetapi, anda akan dapat hasil yg agak sama jika anda mengayak tepung gandum sebanyak 3 kali.

TEPUNG OPTIMA.Tepung Optima adalah sejenis tepung yang mengandungi gula di dalamnya.Tepung Optima ini adalah tepung yang telah siap sedia untuk kita menyediakan Kek Sponge. Apa yang perlu kita buat adalah hanya masukkan telur, air mentega dan tepung optima. Pukul adunan itu semua dengan mixer sehingga adunana menjadi pekat dan likat. Kemudian ia sedia dibakar.

TEPUNG KACANG HIJAU.Selalu digunakan untuk membuat kueh koleh kacang dan kueh tepung gomak. Terhasil dari kacang hijau yg digorengkan tanpa minyak, kemudian dibuangkan kulitnya dan dikisarkan menjadi tepung. Banyak dijual di kedai dalam paket bewarna agak kekuningan. Tepung ni berbeza dari tepung hoen kwee (juga tepung kacang yg diimpot dari Indonesia untuk membuat kueh tako).

TEPUNG BISKUT MARIE.Sejenis tepung yang selalu digunakan dalam pembuatan kek lapis. Ia terhasil daridapa biskut marie yg dikisar halus dan diayakkan. Ulangi mengisar sehingga betul-betul halus.

So lepas ni kalau nak guna tepung untuk masakan kamu gunakan panduan ini ya...Selamat Mencuba!

love :)

Sunday, May 23, 2010

DIET...

salam...sudah lama aku tak update blog ni...mencari idea dan malas nak menulis...that's a reason..tapi aku sudah janji sama kamu aku akan update bila aku ade idea...so hari ni aku terbaca artikel mengenai 15 jenis makanan yang boleh bantu kamu jadi langsing...interesting kan...kalau bab makanan ni biasalah...ada yang kawal permakanan dan ada yang sumbat je semua makanan yang ada..hehe....janji kesihatan bagus sudah la...

Breakfast/Sarapan...

1. Putih Telur>asid amino yang terkandung dalam putih telur dapat membantu membina otot tubuh.Apabila proses ini berlaku,secara tidak langsung proses metabolisme badan juga akan meningkat.

2. Keju>Dikatakan dapat membantu keberkesanan diet kamu kerana mengandungi sejenis protein.Protein ini akan merembeskan sejenis hormon untuk dihantar ke otak sebagai 'signal' pemberitahuan bahawa kamu sudah makan dengan secukupnya.



3. Bijirin Oat>tidak mengandungi gula tambahan dan juga membantu mengekalkan pelancaran aliran darah.



Makan Tengah Hari/Lunch



4. Sayuran dan Kekacang>Ikan bakar dan sayuran adalah pilihan terbaik menu tengah hari kamu.setengah cawan sayuran atau kekacang mengandungi kira-kira 150 kalori dan kaya dengan serat,protein dan anti oksidan.



5. Yogurt bebas lemak>Pilihan terbaik bagi yang berdiet kerana mengandungi kurang dari 10 kalori bagi 1 sudu besar yogurt(anggaran bagi yogurt asli). Kamu boleh makan begitu sahaja atau jadikan sebagai bahan tambahan di dalam sald atau sandwic sebagai pengganti mayonis.



6. Limau nipis atau lemon>Jus lemon atau limau nipis juga membantu membuang lemak dalam tubuh.Haruman sitrusnya secara psikologi pula akan membuatkan anda terasa lebih segar untuk menikmati makanan sihat dan berkhasiat.



Minuman Petang/Tea Time...



7.Energy Bars>pilihan terbaik ketika minum petang kerana hanya mengandungi separuh lemak dan kalori berbanding mee goreng dan aiskrim.



8. Lobak merah>sangat rendah kalori iaitu hanya 52 kalori untuk satu cawan lobak merah (dipotong halus). Lobak merah juga kaya dengan serat dan elok untuk penghadaman.



9. Kerepek soya>Biji soya yang dikeringkan dan dibakar amat sesuai dijadikan snek ringan berbanding dengan kerepek lain.1.3 auns kerepek soya mengandungi 140 kalori.Anda juga akan mendapat kira-kira 9 gram protein untuk satu hidangan



10. Buahan kering>Kaya dengan serat dan tidak memiliki lemak tepu.Walau bagaimanapun,kandungan kalori agak tinggi dalam buah-buahan kering.Jadi hadkan pengambilannya kepada 1/4 cawan sahaja.



Makan Malam/Dinner



11. Udang>mengandungi 84 kalori bagi 3 auns hidangan iaitu 2/3 daripada kalori yang terkandung dalam daging ayam.Kamu hanya perlu rebus udang yang telah dibuang kulit dan campurkan bersama sedikit minyak zaitun,kacang pis,garam dan lada sulah.



12. Tauhu>Hanya mengandungi kira-kira 50 kalori bagi setiap 3 auns.boleh jadikan tauhu sebagai ramuan utama masakan sup atau dibakar.



13. Ayam Panggang>Daging ayam berasa dalam golongan daging putih.Kamu boleh memanggang daging ayam (tanpa kulit) begitu sahaja atau hanya diperap bersama lada dan herba tanpa sos barbeque dan sebagainya.Dengan cara ini mampu menyelamatkan kira-kira 240 kalori dan masuk ke tubuh kamu.



14. Ubi Kentang manis>1 biji ubi kentang bersaiz sederhana mengandungi 115 kalori dan tidak akan menaikkan kandungan gula dalam darah berbanding dengan ubi kentang biasa.Prinsipnya,ubi kentang ini haruslah dibakar atau dipanggang dan bukan digoreng.



15. Sos Salsa>terdiri daripada tomato segar,bawang dan cili yang ditumis bersama minyak zaitun.Dua sudu sos salsa yang digunakan adalah 50 kalori lebih rendah dan kurang 5 gram lemak berbanding krim sos.



Inilah cara-cara untuk kamu yang nak diet tanpa seksa diri sendiri...amalkan tips ynag diberikan ini...Insya allah badan pun boleh ramping kan....hehe...don't forget to work out too...membantu juga untuk turunkan berat badan....




Karbohidrat,Protein,Vitamin




Avoid this food...hehe...nampak sedap tapi kalori tinggi..fuhh

Love your Life

:)

Wednesday, May 19, 2010

Final Eclipse Movie Trailer - Official #2 (HD)

Enjoy this trailer....worldwide 30 June 2010...Malaysia 8 July 2010





Koleksi

salam...

ya aku tahu..aku ni memang peminat The Twilight Saga especially buku-buku dengan filem sekali...boleh katakan aku obses juga la....terlebih juga aku ni tapi apa aku peduli...aku mula suka dengan The Twilight Saga since first movie keluar masa tu dalam tahun 2008...terus suka...



that's my collection







my books..aku jaga elok2 buku ni..haha...mahal..





koleksi poster...dari first movie sampai sekarang.. :)




majalah yang aku kumpul...thanks Galaxie Magazine... :)


coming soon..aku akan bercerita karakter mereka...


love :)

Sunday, May 16, 2010

Selamat Hari Guru....


salam...


hari ni tanggal 16 Mei..warga pendidik khususnya guru-guru dari sekolah rendah dan sekolah menengah diraikan dalam satu hari yang cukup bermakna untuk mereka...setiap pengorbanan,keringat dan jasa guru dikenang oleh setiap pelajar..tiada mereka mungkin kita tak kenal ABC...123...mahupun mengenal erti kehidupan....dan juga mungkin kita hidup tanpa ilmu serta hidup dalam kegelapan....


Aku disini ingin mengambil kesempatan mengucapkan

SELAMAT HARI GURU

kepada warga pendidik di seluruh Malaysia terutama guru-guru yang telah mengajar dan mendidik aku dari tadika hingga ke Tingkatan 6 Atas...jasamu tetap aku kenang :)


especially to warga pendidik:


Tadika Perpaduan Padang Tembak(1996)

SK SULTAN ABDUL AZIZ (1997-2000)

SK RAJA MUDA MUSA (2001-2002)

SMK RAJA MUDA MUSA (2003-2007)

SMK SULTAN ABDUL AZIZ (2008-2009)


sayang cikgu :) doakan anak muridmu berjaya di masa hadapan ya. AMIN....Terima kasih cikgu!


LOVE

:)

Saturday, May 15, 2010

Today Was A Fairytale...


Today was a fairytale

You were the prince

I used to be a damsel in distress

You took me by the hand and you picked me up at six

Today was a fairytale

Today was a fairytale

Today was a fairytale

I wore a dress

You wore a dark grey t-shirt

You told me

I was pretty when I looked like a mess

Today was a fairytale

Time slows down whenever you're around

But can you feel this magic in the air?

It must have been the way you kissed me

Fell in love when I saw you standing there

It must have been the way

Today was a fairytale

It must have been the way

Today was a fairytale

Today was a fairytale

You've got a smile that takes me to another planet

Every move you make everything you say is right

Today was a fairytale

Today was a fairytale

All that I can say is it's getting so much clearer

Nothing made sense until the time

I saw your facewas a fairytale

Time slows down whenever you're around

Yeah yeah

But can you feel this magic in the air?

It must have been the way you kissed me

Fell in love when I saw you standing there

It must have been the way

Today was a fairytale

It must have been the way

Today was a fairytale

Time slows down whenever you're around

I can feel my heart

It's beating in my chest

Did you feel it?I can't put this down

But can you feel this magic in the air?

It must have been the way you kissed me

Fell in love when I saw you standing there

It must have been the way

But can you feel this magic in the air?

It must have been the way you kissed me

Fell in love when I saw you standing there

It must have been the way

Today was a fairytale

It must have been the way

Today was a fairytale


BY Taylor Swift


love her :)

salam

love :)

Kereta.....



Volvo XC60....


salam semua...tiba-tiba je hari ni mau cerita pasal kereta (tak ada idea sebenarnya nak update blog ni)..semua orang ada kereta impian masing-masing kan..tak salah kalau kita impikan..apa yang kita impikan tu menjadi motivasi untuk kita berusaha mendapatkan sesuatu sampai berjaya...


Aku suka kereta ni sebab sporty,nampak mewah..(yelah..Volvo ni kereta mahal....orang-orang kaya je yang mampu beli....) Harga jangan cerita la....mahal woo...dalam RM 250000 tak termasuk insurans...hmmm...macam mana tu..boleh beli rumah kan dengan harga tu..


tapi tak apa la kan..kalau ada rezeki nanti..Insya Allah mana tau impian boleh jadi kenyataan...AMIN




Kalau kereta macam ni pun tak apa kan....kereta antik...hehehe..sekali 2 kereta

okey..kalau saya ada idea nanti saya update lagi...tungguuuuu.....

salam

:)

Monday, May 10, 2010

Tingkatan Enam...

salam semua...hari ni sudah bermula student-student Lower 6 mendaftar diri di sekolah yang menawarkan Tingkatan 6..student matrix pun mendaftarkan diri pada hari ni...aku wish good luck for all of you...teringat pula masa aku mula-mula daftarkan diri ke Tingkatan 6 di SMK Sultan Abdul Aziz....ramai member lama aku ketemu...keluar masuk Pelajar Form 6 sudah jadi kebiasaan...ada yang ke sekolah lain..dapat tawaran ke Politeknik..pergi kolej swasta dan macam-macam lagi...


Kelebihan tingkatan 6 sebenarnya banyak...antaranya:
  • Diiktiraf bagi kemasukan ke kebanyakan universiti di serata dunia...
  • Dengan sijil STPM pun sudah boleh bekerja di sektor swasta dan kerajaan..syaratnya dapat 4 prinsipal atau 3 prinsipal 2 subsid mana-mana yang terpakai berdasarakan prinsipal terendah.
  • Kiraan pointer campurkan pointer semua subjek kemudian dibahagikan dengan 4...kalau dapat 3 pointer ke atas sudah dikira bagus apa...pointer STPM untuk masuk universiti tak tinggi berbanding kursus matrikulasi,pra-u,diploma dan sebagainya yang sama taraf...so sebelah kaki di universiti dan sebelah lagi di tingkatan 6...
  • Setiap subjek majoriti ambil dalam 4 subjek...terpulang la kalau nak ambik lebih subjek tapi maksima 5 subjek...bukan senang kalau nak cover untuk 4-5 subjek untuk study...
  • Aliran Sains dan Kemanusiaan memang susah.sebab itu la STPM dikatakan antara peperiksaan Top 5 di dunia...Jadi usaha lebih kalau nak berjaya...

Taraf Sijil STPM...

  • Setiap subjek lulus Prinsipal akan dapat taraf Advance Level (setaraf A-Level) Cambridge,UK..tak power ke tu ..
  • Taraf soalan STPM ni...sama kualiti dengan soalan peperiksaan luar negara Cambridge GCE A-Level ..fuyooo...
  • Di luar negara STPM di kenali sebagai Senior Cambridge, SPM pula Junior Cambridge..ada pula High School Certificate(HSC), High School Diploma di US...
  • STPM ni memang laku di luar negara..boleh cari kerja dan lanjutkan pelajaran di universiti terkenal..STPM ni memang "world" la...

Pembelajaran Tingkatan 6 bukan macam sekolah menengah biasa daripada Tingkatan 1 sampai Tingkatan 5...bukan harap cikgu dan bergantung 100% nota-nota yang di beri...kena rajin ulangkaji..rujuk banyak buku..sebab Tingkatan 6 ni tiada buku yang khusus untuk satu subjek...perbincangan dengan rakan juga penting sebab kita boleh berkongsi dan bertukar-tukar idea ataupun pendapat....

Masa ini juga kita ditugaskan untuk membuat perbentangan di dalam kelas...kena buat research sendiri..cikgu hanya memberi pendapat dan membetulkan fakta...fizikal dan mental juga perlu bersedia...banyak masa kita korbankan untuk berjaya dalam STPM..bukan senang...

Secara jujurnya...aku rasa zaman Tingkatan 6 memang seronok..kenangan manis dan pahit terpahat...aku rindu betul suasana pembelajaran Tingkatan 6...walaupun pelajar dalam Tingkatan 6 Atas Sejarah datang dari berlainan sekolah tapi kami tak kisah...aku akui Tingkatan 6 merupakan the best experience for me...




Hari terakhir sebelum exam...



gambar kami...my classmate... :)

aku rindu sama kamu semua...especially my lovely teacher...Puan Fazilah...Puan Siti Jamilah,Puan Ruslah,Mr Oh,En. Bahanizam,En. Darusman,Dr. Khairi,En. Shamsul Hazri,En Aminudin..terima kasih...
Al-Fatihah untuk Allahyarham Afiq bin Ismail Amzah....moga rohmu dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman....
salam
:)

Saturday, May 8, 2010

Selamat Hari Ibu...



Ibu...Ibu..engkaulah ratu hatiku...bila ku berduka,engkau hiburkan selalu....lirik ni yang selalu kita dengar kan bila tiba hari ibu...sebenarnya hari-hari adalah hari ibu tapi pada 9 Mei dikhususkan oleh insan-insan bergelar Ibu untuk menyambut hari yang paling istimewa ini...

To my mum...Puan Roslina binti Ahmad...Selamat Hari Ibu....semoga mak dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki..sihat sejahtera hendaknya...Kak Yong sayang sama MAK...love you mum..


Terima kasih sebab beri kasih sayang kepada kami adik beradik...tanpa berbelah bahagi....selalu bagi nasihat kepada kami apabila ada masalah...tanpamu aku tidak akan kenal dengan kehidupan di dunia yang sungguh mencabar ini....Jasamu akan aku kenang sampai bila-bila selagi hayat dikandung badan sehingga ke hujung nyawa...

Insya Allah...Kak Yong akan berusaha selepas ini untuk berjaya dalam kehidupan...Amin...doakan kejayaaan anakmu ini...

"You raised me up so I can stand a mountain...you raised me up to walk on stormy sea...I'm strong when you on my shoulder....you raised me up to more than I could be"



Tak lupa kepada ibu-ibu di seluruh dunia....bakal bergelar ibu....Selamat Hari Ibu....





Love
=)

Friday, May 7, 2010

Apabila Kesabaran Aku Yang Sudah Ada Hadnya

Aduhai manusia....kadang-kadang aku sendiri tak faham dengan karenah mereka ini...Aku pun sudah naik pening dan tak boleh kawal kesabaran aku lagi....ceritanya begini...suatu petang..hari apa aku dah ingat..Yahoo Messenger...aku ringkaskan perbualan aku dengan budak ini...

*TS*(nama samaran individu itu)

TS : SALAM...
AKU:Wa'aalaikumussalam...
TS: busy ke?
AKU: nope....

tak lama kemudian.....

TS: awak pakai baju apa?
aku dalam hati..apa hal budak ni...tiba-tiba tanya soalan macam ni...
AKU:napa?asal tanya?
TS: saja(aik...ada pulak kata macam itu so aku balas)
AKU:ala..macam biasa la...T-shirt dengan seluar trek(aku duduk rumah memang hari-hari pakai baju t-shirt dengan seluar trek...
TS:seksinya.....(ha! Ya Allah....apa ini...ok....marah aku sudah naik tapi aku kawal...so aku boleh tahan lagi dengan kamu)

dalam beberapa minit selepas itu...

TS:Awak pakai tudung...(eish budak ni)
AKU:tak la....kat rumah tak pakai la...kat luar kena la...(mesti pakai kan)

Soalan ini yang membuatkan aku terus naik "hantu"....

TS:B*% dengan seluar d%$3@ warna apa?
AKU:napa ko tanya macam tu?
TS:ala...nak wat survey....(lepas tu dia tanya lagi..bla..bla..bla..)

what? soalan ini yang kamu tanya sama aku...aku terus offline...Ya Allah, aku tak sangka dapat orang yang bersifat macam tu...ikutkan hati mahu saja aku maki tapi itu bukan sifat aku...menyesal pun ada....kasi susah saja...huhu....

End of the story: aku just nasihat korang hati-hati....jangan layan sangat orang macam tu...huhu...aku ini sering terkena...tak apa...ini pengajaran untuk aku...be careful...

that's all....love kamu semua...

salam
:)

Sunday, May 2, 2010

Lesen Percubaan



salam semua


alright..alright...aku tahu aku baru je dapat lesen P ni..lambat benar ambil lesen..umur 20 tahun baru belajar..tapi okey apa...sementara aku tunggu masuk dan tawaran belajar(insya allah kalau ada rezeki untuk aku..amin) lebih baik aku isi masa pergi ambil lesen memandu..aku mula belajar dari bulan 2 dengan dengar ceramah KPP...dah lulus undang-undang belajar asas kereta...lepas tu pula latihan dalam litar dan jalan raya..test JPJ pun baru minggu lepas...itupun tak lepas disebabkan parking...aiyoo...frust gila...tapi baru-baru ambil lagi sekali,alhamdulilah lepas....pagi sebelum ujian masa tu hari hujan..risau juga buat ujian masa dalam ujian..tapi aku syukur masa tu hujan dah berhenti...pada masa yang sama juga ada test motorsikal...penuh pejabat..huh.nasib baik aku boleh bernafas lagi...hehe....


so thank you IMI Intan(promote sekolah memandu... :P ) especially Kak Intan..kak layan sangat baik punya..Pak Cik Hassan dan Uncle..(aku tak tau nama dia)..tolong ajar aku dari tak tahu bawa kereta sampai lulus....weee :)



kereta idaman aku.. Volvo XC60...

lepas ni boleh la aku bawa family dan kawan-kawan aku naik kereta..hehe..next entri boleh cerita mengenai kereta idaman aku ni...

that's all....good bye kamu semua...

salam

love :)