Monday, August 13, 2012

Lagu Raya Lama vs Lagu Raya Baru

Assalamualaikum dan hye semua..fuhh lama tak update blog..maafkan saya..kesuntukan masa membuatkan saya tak update..al maklum..student kan..(boleh ke?)..Dan rasanya tak lambat untuk mengucapkan Salam Ramadan..walaupun Ramadan hampir ke penghujung..diharapkan ibadah kita diterima oleh Allah s.w.t..Insya Allah..

Memandangkan Syawal bakal menjelang tak lama lagi..lagu raya dah mula berkumandang..kali ini nak share lagu raya pilihan saya..sekarang ni banyak lagu raya baru dan ada juga lagu raya lama yang dinyanyikan semula..tapi bagi pendapat Alia la kan..lagi suka lagu raya lama..sebab lagu raya lama penuh dengan lirik bermakna dan juga emotional bila dengarnya..bukan bias dengan lagu raya baru tetapi lagu raya lama ni ada nilai dan keistimewaan sendiri..betul tak..macam contoh lagu Balik Kampung oleh Allahyarham Sudirman..walaupun ada penyanyi baru nyanyikan semula..tapi suka versi Allahyarham Sudirman..terasa feeling dia kan..hehe..

Antara 10 list lagu raya pilihan saya..

1. Balik Kampung-Allahyarham Sudirman

2. Dendang Perantau-Allahyarham Tan Sri P Ramlee

3.Selamat Hari Raya-Allayarham Saloma

4. Nostalgia Aidiliftri-Sharifah Aini

5. Kepulangan Yang Dinanti-Aman Shah

6. Selamat Hari Raya-Fazidah Jonet

7. Aidilfitri-Sanisah Huri

8. Menjelang Hari Raya-DJ Dave

9. Bila Takbir Bergema-Allahyarham Rafeah Buang

10. Lebaran Ini-Raihan,Now See Heart, Rem dan Ajai

Setakat ini 10 pilihan lagu raya..sebenarnya banyak lagu pilihan tapi yang ini saya rasa menjadi pilihan..korang macam mana?


Until then..selamat berpuasa :)

p/s: bukan aku bias dengan lagu raya baru tapi tak berapa berkenaan..maaf!

2 comments:

Ikhmal Yusoff said...

plg suka lagu raya jalil hamid!haha

Aliah said...

hahaha...bila sebut raya semua ingat hari raya... :D