Friday, March 26, 2010

muhasabah =)

assalamualaikum...huhu..alhamdulillah sembuh jugak demam aku ni...



okeyh la aku de satu artikel nk share dengan kamu semua tentang perkataan "JANGAN"...aku harap apa yang aku tulis ni boleh ingatkan diri korang dan juga ingatkan diri aku juga...insya Allah...aku ambil artikel ni kat majalah komik g3...huh...jangan ingat komik2 ni x de bagi ilmiah dan peringatan kepada masyarakat.....thanks g3!



JANGAN....


  1. Jangan sengaja lewatkan solat...perbuatan ini Allah tidak suka.
  2. Jangan tidur selepas solat Subuh...nanti rezeki mahal....
  3. Jangan makan tanpa membaca Bismillah dan....(doa makan la) nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
  4. Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan...takut nanti mati dalam perjalanan.
  5. Jangan bergaul bebas di tempat kerja...banyak buruk dari baiknya.
  6. Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
  7. Jangan mengumpat sesama rakan taulan....nanti rosak persahabatan kita.
  8. Jangan bakhil untuk bersedekah...sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki....(selalu la sedekah ngan ikhlas)
  9. Jangan banyak ketawa.....nanti hati mati.
  10. Jangan biasakan berbohong...kerana ia adalah ciri-ciri munafik
  11. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan....doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan oleh Allah.
  12. Jangan pertikaikan kenapa ISLAM itu berkata jangan...sebab semuanya untuk keselamatan kita.
  13. Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing...makruh kerana ia membahayakan.
  14. Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh...Makruh dan mewarisi kepapaan...(jangan malas basuh pinggan tau)

renung2kan dan selamat beramal

love

=)

No comments: