Sunday, April 25, 2010

once upon a time....my childhood stories....

forget pasal ujian JPJ dengan ujian MUNSYI semalam...now...let me story about zaman kanak-kanakku yang manis dan nakal :)

sebelum aku berpindah kat rumah yang aku duduk sekarang ni,dalam 12 tahun aku menetap di rumah sewa di Padang Tembak..rumah sewa dalam 2 bilik je....bayangkan la ahli keluarga aku seramai 6 orang...2 bilik dan 1 bilik air...tapi pengalaman kehidupan di sana tak boleh lupa...aku ni selalu main dengan budak-budak yang lebih muda daripada aku..tak pe la...aku tak kisah..kawan sebaya tinggal kat padang tembak pun tak ramai....

my stories begins.....

  • balik dari sekolah agama rakyat aje,masa darjah 4-6...salin baju...jumpa geng..main sampai nk dekat senja..memang tak ingat dunia..masa tengah hari pun gatal nak main..mak marah pun tak peduli..bila ayah dah balik kerja baru kelam kabut nak balik...takut....haha :P
  • pondok depan rumah Aunty Yut(nickname jiran aku) selalu dijadikan port lepak budak-budak macam kami untuk berborak..adakalanya aku ni duk menyibuk dengan mak bersembang dengan jiran-jiran..nak dengar cerita...dekat pondok tu ..tengok orang main bola kat padang..tak pun main masak-masak(standard la),jadi cikgu,main batu seremban dan lain-lain..tapi sekarang pondok tu dah tak de pun...tak ade orang duduk kat situ...tinggal kenangan aje..huhu
  • masa mengaji,memang untung...dekat sahaja kalau nak pergi mengaji,selang 2 rumah..lepas solat maghrib,siap-siap la pergi rumah ustaz zamri(bukan ustaz zamri yang Mari Mengaji tu)...sapa awal datang dapat la tempat..kalau lambat duduk aje la kat belakang..tunggu giliran nak mengaji...ramai juga penduduk padang tembak hantar anak pergi mengaji kat rumah ustaz zamri...dah habis mengaji bukan balik rumah,duduk kat buaian rumah jiran..boleh duduk sembang dengan main lagi time malam...bila dah tak ramai aku pun balik ke rumah...aku rasa tu je chance aku kalau duduk luar time malam...ade member jalan...haha
  • bila ada aje rumah jiran anjur kenduri..tak kira kenduri kahwin tak pun kenduri tahlil....aku pun menyibuk juga sekali...tolong apa-apa yang patut tapi sebenarnya nak meramaikan orang..haha..bila time makan..aku pun makan sekali dengan keluarga aku...tapi for the second time lak...haha..makan dengan member...buat la muka tak malu...hehe..tapi sekarang nak pergi kenduri kahwin pun macam mahu tak mahu aje kecuali diajak....
  • ni paling nakal masa tu...pokok kelapa di depan rumah aku dijadikan tempat bergayut ataupun jadi macam tarzan..haha..aku ni pun dulu jadi macam tomboy jugak...panjat pokok..ikut geng..mula-mula...ambil pelapah daun kelapa...panjat and then swinggggg...ya tu dia tarzan padang tembak....mak dengan jiran-jiran marah pun kami tak peduli...last-last kena tebang sebab adik jatuh masa main pokok kelapa..sedih juga....tapi benda tu tak akan aku lupa... :) budak nakal masa tu...
  • buaian bulat...ada cerita masa ni...dulu buaian pusing ni ramai-ramai boleh naik sampai aku panjat naik atas...tinggi wooo....steps nya...mula-mula naik ramai-ramain...pastu salah seorang akan pusing buaian dari dalam...bila dah laju cepat-cepat tunduk..yang lain dok pejam mata..haha..pening kepala..tapi yang penting semua enjoy naik buaian pusing..tapi masa tu jugak la budak-budak yang nak main bola pergi jahanamkan padang..robohkan tempat gelongsor sekali dengan buaian pusing so tinggal tak de apa-apa langsung..sedih betul..padang tu dah jadi padang bola..no more playground for us to play with it.. :(

my childhood stories will be continue...

love :)

No comments: