Sunday, January 22, 2012

Corat Coret Semester 3

Assalamualaikum dan holla..long time no update..setelah berhempas pulas menghadap final exam untuk semester 3 ni, it's time for break..i'm sure korang pun suka kan cuti..mau taknya otak ni berfungsi hampir 5 bulan so time ni chillex kan minda, betul tak? kali ni kita nak share pengalaman sepanjang semester 3,banyak suka duka,penat,marah,geram dan macam-macam feeling la..korang pun macam tu jugak kan..so tak nak bebel panjang here it is..

Oktober 2011
Mini Gathering UiTM Puncak Alam Blogger...dapat jumpa blogger UiTM Puncak Alam walaupun sikit je yang datang tapi at the end, so happy dapat kenal blogger yang lain...kalau buat lagi, nak join lagi la :D

blogger yang hadir...nak baca selanjutnya kat sini

November 2011
Program OPKHIM atau Operasi Khidmat Masyarakat..tujuan ada program ni untuk memenuhi group project Organizational Behavior untuk subjek kami..macam-macam aktiviti kami lakukan dan gelagat mereka yang mencuit hati..i'm totally happy dan senang sekali jumpa mereka walaupun dalam serba kekurangan fizikal dan mental..

sebelum masuk, gambar la dulu ye..hihi

sempat pose lagi sebelum balik ke kampus..
nak tau catitan pengalamanku ke sana moh singgah kat sini

CS WAYS
apa CS WAYS tu? CS WAYS tu Customer Service Wise Active Youth Spirit..event yang kami buat organize by CSMS or Customer Service Management Student Society..first time kami organize and tujuannya nak mengenali student baru yang ambil course Customer Service Management..and buat pertama kali juga aku menggalas tanggungjawab sebagai Pengarah Projek untuk event ni..sangat mencabar sebenarnya juga menjadi leader ni..macam-macam halangan dan cabaran untuk anjurkan program ni and alhamdulillah kami berjaya..walaupun sikit sangat student datang tapi mission accomplish :)

sebelum start, sebahagian crew petang tu

team and junior CS..thanks korang.. 

Disember 2011
Bulan paling kritikal bagi aku..dengan test,assignment kena submit dengan presentation..dan paling penting exam kokurikulum, Drama 2..since part 2 aku dah ambik kokurikulum Drama yang mana koku ni tak bikin stress atau tension sebaliknya enjoy and have fun..and aku teruskan untuk part 3..kali ni tugasan kami dalam berkumpulan dan hafal skrip..agak susah mulanya tapi time final dapat buat :) lepas ni dah tak ada pun kokurikulum..dah grad..yehaa :D thanks cikgu aril sebab ajar kami 2 sem untuk drama and keep in touch ya..lepas ni dah rindu lak buat ku kikis kikis kuku kakiku kakakku kata kuku kakiku kaku (boleh ke cakap dengan cepat? try it :P)

dalam karakter sebagai Queen or Princess dari mana datang tak tau :p..story group aku mengenai Macbeth or Baquo..

the geng drama..pic credit to Faris Syazwan and Azri Naim

rasanya panjang entry aku kali ni..hopefully segala pengalaman yang ku lalui semasa semester 3 dapat jadikan kenangan..terima kasih semester 3..berjumpa nanti semester 4 dan happy holiday..

Take care

Assalam :)

p/s: nak upload video masa perform drama tu tapi macam malu pulak..hihi 






6 comments:

ked said...

sem depan aku masuk palam, boleh la join gathering korang ek? hehe

Dayah Badri said...

amek koko drama erk? boleh tak sy nak tahu pasal koko tu..sebab sy plan nk amek koko tu next sem,,hehe,,tenkiu ;D

Suraya Aris said...

syoknya. full of activities :)

Aliah said...

ked: of course la leh join :)
Dayah Badri: koku tu slalu wat malam..dr 8 smpai pkul 10..hari trpulang pd cikgu tu..oh ya nama cikgu yg ajar tu cikgu aril...tgk la kalau dia ajar lg sem dpn..
Suraya Aris: yeah.. :)

fieha said...

kite pon de program OPKIM kat kg org asli..best :)

Aliah said...

fieha: OPKIM...memang terbaik la kalau kita wat kan :)