Thursday, June 24, 2010
Perjalanan Baru Sudah Bermula...
Pesanan tuk kawan-kawan ku especially Ikin,Nona dan sahabat yang lain...jaga diri dan good luck di tempat baru and tak lupa kepada kawan-kawan,jangan putus asa..Insya allah moga-moga korang dapat melanjutkan pelajaran dan Insya allah kita berjumpa di Hari Raya nanti..ehehe....sekiranya ada masa nanti aku akan update blog ni dan bercerita mengenai kehidupan seharian aku di UiTM....Keep in touch ya
Sayonara~~~
Love :)
Edward..please take care of my blog... :P
Tuesday, June 22, 2010
KEPANTASAN..KEPENATAN..
So..UiTM Puncak Alam..here I come....
Love :)
Friday, June 18, 2010
Akhirnya..penantian itu...
NAMA:NURALIAH HUSNA BINTI ROSLI
KATEGORI: A - Kategori STPM 2009 Aliran Sastera
TAHNIAH!
Thursday, June 17, 2010
RESULT UPU....SO SCARY...
Muka nervous....
LOVE :)
Sunday, June 13, 2010
Game..Game...
PSP...
Ayah aku belikan PSP ni kalau tak salah aku masa tahun lepas..aku kira ketagih juga main PSP ni..lepas balik sekolah..sambil rehat..time itu la aku main..then..disebabkan terlalu main sangat sampai rosak PSP ni..tapi bukan rosak teruk ya...kalau kamu nampak yang bahagian atas di kedau-dua belah(transparent tu) part tu la yang rosak...tapi sekarang adik aku kata sudah ok..so aku pun main balik..haha..
PSP banyak fungsinya..boleh save muzik..video and boleh online..so PSP bukan setakat game ya...Game kegemaran aku dalam PSP ni Dinner Dash..namapak macam senang tapi perlukan kepakaran..cewahhh..Dinner Dash ni kira kita jadi tuan punya restoran dan hidangkan kepada pelanggan secepat mungkin..kalau lambat mereka marah tak pun terus 'blah'..habis la untung..hehe..kecekapan perlu ya..
Part ni susah kalau nak main..tambah-tambah orang kat tepi tu...warna ungu dan merah
Ini susah...sebab ada pelanggan pot pet..ganggu customer aku je la..
Itu baru sedikit...banyak game lain..hari-hari boleh main...Harga PSP aku tak sure,dulu aku tak tahu berapa nilai harga PSP tu tapi sekarang mungkin murah..aku bukan sumber yang mahu kau tahu..hahaha
So that's all..aku nak main lepas ni..
Love :)
Friday, June 11, 2010
The Karate Kid...
Cerita full of fighting...karate..kasih sayang..romantik..eh budak kecil-kecil sudah kiss ya..kesian Jaden Smith...terpaksa..haha..aku cerita sikit mengenai cerita ni..Dre Foster(Jaden Smith) berpindah dari Amerika ke China disebabkan ibunya ditukarkan ke China..so dah sampai kat China,Dre terpikat dengan seorang gadis ni..nama tak ingat la..dia main biola..BF gadis tu jealous tengok Dre berkawan dengan gadis dan tercetus pergaduhan antara si BF tu dengan Dre..sorry nama tak ingat...
Mr. Han(Jackie Chan) satu hari tolong selamatkan Dre daripada ditumbuk bertalu-talu oleh si gangster..si gangster tu si BF gadis tu la...One day Mr Han jumpa guru karate Si gangster tu supaya jangan cari pasal dengan Dre lagi..so mereka decide masuk pertandingan Karate...what happen next? kamu semua tonton sendiri..Honestly cerita ini menghiburkan....aku promote filem ni..hehe
Jaden Smith..badan je kecil tapi fuhh...hebat..
Dre dengan Mr Han(Jackie Chan)..guru karate Dre
So yang belum menonton..The Karate Kid best!..Ikin,Amal..aku konfius pasal Jaden ni...tak tau pasal apa..hahaha..thanks ya...:p
Love
:)
Monday, June 7, 2010
I'm 20..huh?
Saturday, June 5, 2010
Fakta Lagi...dan Lagi
1. Bapa hero mesti bernasib malang dan dibunuh musuhnya semasa hero masih kecil menyebabkan si hero hidup yatim piatu..
2. Apabila seseorang lelaki itu cedera parah,dia pasti sempat mengucapkan beberapa patah perkataan untuk memberitahu siapa pembunuhnya,kemudian terus terlentok dan diisytiharkan 'dah mati'...hehe
3. Pahlawan-pahlawannya boleh terbang melepasi bumbung,berlari panjat pokok dan melompat dari satu bukit ke satu bukit tanpa sebarang masalah.Tetapi bila hendak ke mana-mana,pahlawan-pahlawan ini berjalan kaki atau menunggang kuda...Memang pelik..
4. Hero selalunya miskin,papa kedana dan dalam keadaan genting,pasti ada sekeping dua duit emas atau perak diambil dari dalam kasut atau lipat seluarnya untuk membayar makanan.Itulah duitnya yang terakhir!
5. Hero dan penyangak selalu terserempak tidak kira betapa besarnya dunia ini dan di mana mereka berada.
6. Cukup mudah untuk menyembuhkan luka,baik luka luaran mahupun dalaman.Ia semudah duduk silang kaki,tekap tangan pada luka,lepas tu keluar asap berkepul-kepul dari tapak tangannya.Terus sembuh...dahsyatnya.....kalau macam tu dah lama aku panggil mereka ni...datang sembuhkan luka...haha
7. Boleh simpan bermacam-macam benda dalam lengan baju atau tali pinggang dan anehyna,benda-benda tersebut tidak akan jatuh walau macam mana lasak sekalipun si hero itu.Antara barang-barang tersebut ialah duit syiling emasnya untuk membeli makanan!..fuyooo
Kalau drama melayu macam mana pula ya...selalu kalau tengok drama melayu mesti temanya cerita tu sama je...tapi tak semua...
harap enjoy baca ya!
salam :)
love
Friday, June 4, 2010
Fakta-fakta!
Fakta Menarik Tentang Filem Tamil
1. Heronya langsung tidak menunjukkan kesakitan walaupun ditumbuk dan dipukul bertalu-talu oleh musuhnya,tapi bila si heroin cuba mencuci lukanya..terus je..."adih..ouch"..
2. Hero tidak boleh jatuh cinta pada heroin(begitulah sebaliknya) kecuali selepas mereka menari di dalam hujan.
3. Selepas disapu ke muka,mekap heroin takkan luntur sekalipun badannya basah kuyup ditimpa hujan dan ribut petir.
4. Sepasang kekasih menari di tengah padang yang luas terbentang,tapi...tiba-tiba muncul 100 orang lelaki dan perempuan muncul di belakang mereka, terus menari mengikut rentak dan gerak yang sama.Misteri betul..dari mana datangnya 100 orang tu?
5. Di akhir filem, sang hero mendapati penyangak yang dimusuhinya selama ini adalah abangnya sendiri, orang gaji yang memanjakannya adalah emaknya, ketua inspektor polis (Inspektor Sahab) adalah bapanya, pendakwa raya itu sepupunya, hakim adalah bapa saudaranya....begitulah seterusnya..dan seterusnya...
6. Dalam setiap filem mesti sebut perkataan-perkataan Inggeris ini,iaitu No problem!,My God!,Get out!,Shut up!,Impossible!,Please forgive me! dan perkataan-perkataan itu mesti disebut dengan kuat.
7. Sepasang kekasih boleh bergolek-golek-golek-golek-golek(berapa banyak punya golek daaa) di atas tanah sambil menyanyi tapi tiba-tiba bangun dengan pakaian yang lain pula!
8. Mereka boleh berlari keliling pokok kelapa,berkejar-kejaran di atas bukit sambil menyanyi, bertentang mata,menjeling-jeling dan tukar pakaian dalam waktu yang cukup singkat tanpa menunjukkan rasa penat!..pasal jeling -menjeling teringat pula lagu Tan Sri Dato S.M Salim dan Siti Nurhaliza..pandang-pandang,jeling-jeling..."menjeling-menjeling ku bertentang..mata kita sama memandang"..hehe...
Next entri...aku cerita pasal Fakta Aneh Tentang Filem Kungfu Cina pula..... (korang tengok ke cerita kungfu ni?)
love :)
Wednesday, June 2, 2010
The Vampire Diaries
Salam...semalam buat kali pertama aku menonton The Vampire Diaries di 8TV..lepas tengok Glee aku tukar channel...pada mulanya nak tau juga macam mana cerita ni...so dengan excitednya aku pun menonton...thanks to sabreena sebab suggest tengok cerita ni...memang best...walaupun ada sedikit persamaan iaitu daripada Twilight Saga series tetapi jalan cerita memang berbeza....
The Vampire Diaries diadaptasi daripada novel yang sama yang dikarang oleh L.J Smith...novel pun series juga
The Awakening
Stefan Salvador
Elena Gilbert
Damon Salvador
Jeremy GilbertI love Stefan and Elena... :)...tapi aku rasa tak boleh lawan Twilight Saga....love you too Edward...hehe
So,enjoy watching The Vampire Diaries
Love :)