Monday, May 10, 2010

Tingkatan Enam...

salam semua...hari ni sudah bermula student-student Lower 6 mendaftar diri di sekolah yang menawarkan Tingkatan 6..student matrix pun mendaftarkan diri pada hari ni...aku wish good luck for all of you...teringat pula masa aku mula-mula daftarkan diri ke Tingkatan 6 di SMK Sultan Abdul Aziz....ramai member lama aku ketemu...keluar masuk Pelajar Form 6 sudah jadi kebiasaan...ada yang ke sekolah lain..dapat tawaran ke Politeknik..pergi kolej swasta dan macam-macam lagi...


Kelebihan tingkatan 6 sebenarnya banyak...antaranya:
  • Diiktiraf bagi kemasukan ke kebanyakan universiti di serata dunia...
  • Dengan sijil STPM pun sudah boleh bekerja di sektor swasta dan kerajaan..syaratnya dapat 4 prinsipal atau 3 prinsipal 2 subsid mana-mana yang terpakai berdasarakan prinsipal terendah.
  • Kiraan pointer campurkan pointer semua subjek kemudian dibahagikan dengan 4...kalau dapat 3 pointer ke atas sudah dikira bagus apa...pointer STPM untuk masuk universiti tak tinggi berbanding kursus matrikulasi,pra-u,diploma dan sebagainya yang sama taraf...so sebelah kaki di universiti dan sebelah lagi di tingkatan 6...
  • Setiap subjek majoriti ambil dalam 4 subjek...terpulang la kalau nak ambik lebih subjek tapi maksima 5 subjek...bukan senang kalau nak cover untuk 4-5 subjek untuk study...
  • Aliran Sains dan Kemanusiaan memang susah.sebab itu la STPM dikatakan antara peperiksaan Top 5 di dunia...Jadi usaha lebih kalau nak berjaya...

Taraf Sijil STPM...

  • Setiap subjek lulus Prinsipal akan dapat taraf Advance Level (setaraf A-Level) Cambridge,UK..tak power ke tu ..
  • Taraf soalan STPM ni...sama kualiti dengan soalan peperiksaan luar negara Cambridge GCE A-Level ..fuyooo...
  • Di luar negara STPM di kenali sebagai Senior Cambridge, SPM pula Junior Cambridge..ada pula High School Certificate(HSC), High School Diploma di US...
  • STPM ni memang laku di luar negara..boleh cari kerja dan lanjutkan pelajaran di universiti terkenal..STPM ni memang "world" la...

Pembelajaran Tingkatan 6 bukan macam sekolah menengah biasa daripada Tingkatan 1 sampai Tingkatan 5...bukan harap cikgu dan bergantung 100% nota-nota yang di beri...kena rajin ulangkaji..rujuk banyak buku..sebab Tingkatan 6 ni tiada buku yang khusus untuk satu subjek...perbincangan dengan rakan juga penting sebab kita boleh berkongsi dan bertukar-tukar idea ataupun pendapat....

Masa ini juga kita ditugaskan untuk membuat perbentangan di dalam kelas...kena buat research sendiri..cikgu hanya memberi pendapat dan membetulkan fakta...fizikal dan mental juga perlu bersedia...banyak masa kita korbankan untuk berjaya dalam STPM..bukan senang...

Secara jujurnya...aku rasa zaman Tingkatan 6 memang seronok..kenangan manis dan pahit terpahat...aku rindu betul suasana pembelajaran Tingkatan 6...walaupun pelajar dalam Tingkatan 6 Atas Sejarah datang dari berlainan sekolah tapi kami tak kisah...aku akui Tingkatan 6 merupakan the best experience for me...




Hari terakhir sebelum exam...



gambar kami...my classmate... :)

aku rindu sama kamu semua...especially my lovely teacher...Puan Fazilah...Puan Siti Jamilah,Puan Ruslah,Mr Oh,En. Bahanizam,En. Darusman,Dr. Khairi,En. Shamsul Hazri,En Aminudin..terima kasih...
Al-Fatihah untuk Allahyarham Afiq bin Ismail Amzah....moga rohmu dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman....
salam
:)

2 comments:

laila hanim said...

saya masih berkira2 mahu meneruskan niat untuk melanjutkan pelajaran di tingkatan 6 atau pon tidak...saya dpt twran dlm aliran sains..tapi masalahnya org kata f6 ni susah..tekad sy mahu membetulkan kesilpan saya dulu..tapi reaksi dari teman2 dan kenalan menyebabkan sy tak yakin nak teruskan niat sy...nasihat please...

Aliah said...

laila...boleh tukar aliran kalau x mau ambik aliran sains...sastera pun ok juga..maaf sebab lambat reply your comment..masa tu sedang final exam di universiti