Friday, December 30, 2011

The End of Year 2011

Assalamualaikum and hye korang..i'm back! setelah hampir 1 bulan lebih tak update..hari ni semangat nak update ada..memandangkan dah penghujung tahun 2011 kan..macam mana azam korang tahun ni? hopefully ada yang tercapai..for me tak adalah set azam tahun 2011 masa awal-awal dulu tapi so far macam-macam pengalaman sepanjang tahun ni..

And to all my friends kat IPTA especially classmate and all my friends di UiTM Puncak Alam..I wish you all the best and good luck for final exam..moga-moga kita buat yang terbaik..Amin :) and not to forget Happy New Year 2012..moga tahun 2012 gives you kehidupan yang lebih baik berbanding sebelumnya..

jangan stress tau :)

good luck korang :)


Tata..
p/s: after habis exam baru update banyak-banyak...hehe 

Sunday, November 27, 2011

Tautan Kasih OKU

Assalamualaikum dan hye..i'm back..kali ni Alia nak berkongsi kisah mengenai Operasi Khidmat Masyrakat atau OPKIM...22 November 2011 merupakan tarikh dimana kami melawat Pusat Penjagaan Kanak-Kanak Cacat di Klang..ini merupakan projek kelas dan assignment untuk subjek Organizational Behavior..first time terlibat untuk OPKIM terasa excited sebab mahu melihat sendiri aktiviti dan kehidupan kanak-kanak yang tidak bernasib baik..
inilah tempatnya..Pusat Penjagaan Kanak-kanak Cacat Klang

First masa dah sampai, aku terkejut melihat keadaan kanak-kanak kat sana..dan kami tak expect pun mereka menolong kami mengangkat barang..ada juga suka melihat kedatangan kami..rasa terharu..

aktiviti yang kami adakan untuk mereka isi air dalam botol,susun puzzle, pertandingan mewarna dan dance with them..I ditugaskan untuk susun puzzle..

that's me...
namanya Amir..dia memang manja...

yang baju krim tu kami panggil Dato..dia memang sangat sporting..semua aktiviti nak join

sesi menari with them...eyahhh... :D

setelah selesai aktiviti, tiba kemuncak program untuk hari itu...

sesi penyampaian hadiah...

lastly, sumbangan derma daripada pelajar dan pensyarah UiTM Puncak Alam..terima kasih atas sumbangan korang..
Our lecturer, Pn. Norina dan ketua pusat jagaan, Mr. Morgun

Kami semua happy sebab dapat luangkan masa bersama mereka...terharu,sedih pun ada sebelum aku balik...

horayyyy!!!

Sepanjang aku kat sana..macam-macam pengalaman yang aku dapat.. rasa insaf dan rasa bersyukur sebab kita dilahirkan dengan sempurna dan bernasib baik berbanding mereka. ada antara mereka yang ibu bapa mereka hantar anak mereka disini dan tidak pernah menjenguk anak mereka..yang tidak berdaya untuk berjalan pun ada..

InsyaAllah aku akan menjenguk mereka lagi...

Salam Maal Hijrah 1433H...




Saturday, November 5, 2011

Mini Gath UiTM Puncak Alam Blogger

Salam and hye..tak tahulah ni entry lama ke atau tak....i'm sorry kalau aku lama tak update blog.. segala kerja dan assignment perlu diselesaikan..hari ni sempena cuti mid sem dan aidiladha ni baru berkesempatan nak update..

Back to story actually mini gath UiTM Puncak Alam blogger organize masa 23 October 2011..actually sebelum nak pergi macam berbelah bagi..nak pergi ke tak..memandangkan hari tu ada 2 quiz online yang perlu dijawab..mulanya decide tak nak pergi..but at the end..pergi..this time la nak berkenalan dengan Blogger UiTM Puncak Alam ni..tapi i'm late sikit sampai ke McDonald but at least join jugak!

At first kami ice breaking..just introduce yourself and blog mengenai apa..and sesi fotografi..walaupun singkat tetapi ni permulaan for all of us..


meet new friends..owner Tayar Kehidupan dan Kisah Dongeng Fatin Adawiah..mereka ni pemalu tau :p

Admin UiTM Puncak Alam... 

ni yang hadir mini gath..follow la mereka...

Blogger Lelaki..most of them famous tau..:D

perempuan sikit je datang..macam tangga je kan :P

total up 11 orang join gath..i like this pic

hope masa akan datang gathering kumpulkan ramai lagi blogger..and we'll meet again..Insya Allah..

Pic credit to Ikhmal Yusoff

Tata..
p/s: Happy Holiday 

Sunday, October 2, 2011

Akibat Kalau Nak Naik Bas 'Free'..Konon

Assalamualaikum and hye..dah beberapa tak update blog kan..maaf la ye kengkawan..jadi student ni dah macam-macam kerja kena settle kan..adat la kan..plus tanggungjawab baru menanti..later aku explain apa tanggungjawab tu..just tunggu je..hehe

Ok berbalik our main topic ni kan..as a student la kan..kalau tak ada transport nak ke kampus..pilihan yang ada ialah bas awam..ok..bas awam pun ok jugak kan..jaga sikit environment..so macam biasa suatu petang lepas kuliah habis..aku dan classmate pun tunggu bas..kebiasaanya bas berbayar la..ala Rapid KL tu..ada juga masa dapat naik bas yang tak perlu charge apa-apa pun..bas R----T..student UiTM Puncak Alam tahulah la kan :p
time tu dalam pukul 5 petang..and then bas tu pun muncul la.. dah fikir tak perlu bayar tambang bas..Aku pulak yang excited terlebih time tu...siap 'yeay2..naik bas free' gaya budak-budak la kan..

Tapi bila naik bas..dah rasa lain macam..kenapa gerak perlahan..naik jalan berbukit..tersenguk-senguk..macam scary je bila driver bas tu masuk gear..berbunyi lak..suddenly..semua hairan kenapa bas tu patah balik menghala balik ke Fasa 2..jalan pun dah macam kura-kura..akhirnya bas tu pun stop..rupanya minyak habis..aiyoo..

Yang aku dan student 1 bas gelak-gelak bila lalui pengalaman macam ni..but lega jugak bas tu berhenti kat tempat perhentian bas...selamat sikit...at last kena jugak naik bas Rapid KL..sampai jugak ke rumah akhirnya..

Moral of the story: Jangan naik bas free...haha

Nasib baik tak suruh kami tolak bas...adoi.. :P
Tata...

Tuesday, September 20, 2011

Cucur Bawang

Assalamualaikum dan hye...tetiba hari ini terajin nak update blog...since aku tak ada kuliah esok...(yesss!!!) kesempatan inilah harus diambil..pagi tadi my roomate sediakan sarapan pagi yang sangat ringkas..yelah untuk alas perut..duduk rumah sewa adatla kan..nak makan kena beli kat gerai yang jual ditepi jalan compare kalau duduk kolej semua ada...tapi aku tak merungut la kan..adatla student kan...setuju?

ok berbalik main topic just share recipes..ringkas aja..

Bahan-bahan
Tepung Gandum
Bawang
Ikan Bilis
Air
Garam

Caranya:
Masukkan tepung, bawang dan ikan bilis ke dalam mangkuk, gaulkan..campurkan air dan garam ke dalam adunan tadi dan goreng...tunggu cucur berwarna kekuningan..dan hidangkan..

simple kan..itula tadi tuan-tuan dan puan-puan menu untuk breakfast yang sangat ringkas...kenyang woo...

sewaktu digoreng....


Hasilnya....

Tadaaa.....

p/s: weekend nanti kita masak yang sedap-sedap ya penghuni 04-35...hihi...


Thursday, September 15, 2011

New Semester....New Experience..New Challenge

Assalamualaikum and hye...tetiba banyak ayat new kan...ye la dah naik semester baru..semua baru kan...tarikh keramat 12 September 2011 student IPTA termasuk la aku dah bermula kuliah setelah 4 bulan bercuti panjang..lama tak lama kan..dan semester ini juga menuntut aku menyewa di luar..since kolej dah penuh tapi it's okay..belajar susah kan...tapi syukur sebab dapat housemate yang best dan riuh rendah rumah...Fara,Qila,Dayah,Muni dan Irah :)


permandangan dari tingkat atas bilik ku....

tu baru preview rumah sewa...ni la kediaman untuk 1 tahun setengah lagi sebelum habis belajar...
Just share untuk korang...apa-apa nanti I will update later...macam mana first week kuliah? ok? share-share ya..

p/s:sem ni jadual pack dan habis kelas sampai pukul 6 petang...tapi best bila hari Jumaat tak ade kelas...bestnya...hehe
sorry kalau entry pendek...setakat ini yang termampu :)

Tuesday, September 6, 2011

Ragam Raya 2011

Assalamualaikum dan hai...rasanya tak terlambat lagi untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri...1 minggu ni memang busy beraya..almaklum  beraya sakan di kampung...di Perak dan Pahang..cuti yang ada guna peluang cuti puas-puas..balik tak ada la menyesal kan..hari ini just nak post picture masa beraya hari tu..tema tahun ni pink..hehe

Part 1-Kg. Jelutong Baru,Malim Nawar, Perak...(sebelah ayah)

candid kamera...

adik dan cousin ku

my family...

Part 2-Felda Klau,Raub Pahang..(sebelah mak)
yang kat Pahang ni actually beraya di rumah mak saudara..arwah tok dan tok wan sudah tiada..Al Fatihah
rumah Mak Lang...rumah ni tumpuan adik beradik emakku bila raya..

cousin aku ramai perempuan...time breakfast..

gaya gedik...

Memang happening bila kami bergambar..just share sikit kemeriahan beraya tahun ni...hopefully raya korang meriah juga ye...

p/s:tahun ni apa theme colour baju raya korang.. :)
Kak Niza,Kak Finaz...nanti kita bergambar lagi tau..







Sunday, August 28, 2011

Salam Aidilfitri

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan...Ramadhan akan berakhir...tentunya kita akan merindui Ramadhan yang memberi kerahmatan dan kemuliaan kepada umat Islam..maka sempena lebaran ini, saya ingin menyusun sepuluh jari mohon maaf atas kekhilafan dan ketelanjuran kata..kepada keluarga dan sahabat handai...maaf jika ada terkasar bahasa..jaga diri dan semoga ceria pada lebaran nanti...kepada readers,followers,stalker..etc..ecece..mohon maaf kalau ada entry saya sebelum ini yang membuatkan anda tersinggung...Selamat Hari Raya Aidilfitri..Maaf Zahir dan Batin..Jangan main mercun..nanti tak raya kang..hoho..


Salam Lebaran semua...

p/s:kali ini ayat skema sikit..ok la kan..kalau ada jemputan rumah terbuka..jemput la saya ya :)

Wednesday, August 24, 2011

Wordless Wednesday - 8

Salam Ramadhan...dah lama x post WW hari ni so here's a pic...


Mood: Nak Raya... :)

Tuesday, August 16, 2011

Kad Raya oh Kad Raya..

Assalamualaikum dan salam ke 16 Ramadhan..sedar tak sedar kejap je 16 ramadhan..lagu raya dah dok putar tapi puasa jangan lupa :) bercerita mengenai kad raya ni..zaman sekarang ni dah makin canggih..yela mau taknya ada Facebook dan yang sama waktu dengannya..salah satu cara yang digunakan post gambar diri and tagged kawan-kawan tak pun guna sms sudah nak bagi ucapan raya ni...tapi kan berapa lama boleh simpan message tu..silap dah hilang tak pun dah delete..

Kad raya ni aku rasa tak lapok dek zaman..tengokla..macam-macam design kad raya sekarang..lawak ada..biasa ada tak pun kad raya siap ada bunyi dengan sekali CD dalam tu..selalu tuju kat kekasih la..
Bagi pendapat aku, kad raya still relevan..ada makna dan kenangan pada seseorang...nak dekat raya ni kan..kad raya jadi pilihan pengganti diri...

First kad raya dapat masa 2001 time tu darjah 5..budak sekolah..excited la sebab dapat kad raya daripada best friend..starting daripada tu la kami saling berbalas kad raya..wajib! hehe

     first kad raya...dah 10 tahun simpan :)

koleksi kad raya from best friend and cousin..tiap-tiap tahun send :)

Yang best masa sekolah..tak perlu guna pos tak pun setem nak kirim kad raya...bagi by hand aje..terasa best masa tu..sebagai balasan..aku pun kena la send la balik kat mereka sebagai tanda terima kasih..ecece..rindu nak buat balik macam tu...


kad raya masa zaman sekolah..rinduuuu

Bila kumpul kad raya..dalam 16 kad raya disimpan..banyak la juga...


banyak tak? :)

Memang aku akui..kad raya ni ada sentimental value kat diri seseorang..for me lebih suka hantar kad raya daripada gunakan teknologi sekarang..korang pula bagaimana?

p/s: setem sekarang kalau nak pos 60 sen je...tak la mahal.. :)

Saturday, August 13, 2011

Segmen Promosi Blog 500 Follower ke Bawah

Assalamualaikum dan salam ramadhan semua..kali ni aku join segmen Anif Abdullah iaitu Segmen Promosi Blog 500 Follower ke Bawah..at least aku boleh promote my blog kepada orang lain...berminat join tau...


  1. Follow blog----Done
  2. Copy banner---done

3. Paste----sudah...

4. Nama: Nuraliah Husna a.k.a Aliah Husna :)
    Hobi: Photography,Menulis and mendengar lagu...

5. Tinggalkan link--- send :)

6. Tag kawan...I choose Siti Norbaiti

Tarikh tutup penyertaan 22 Ogos 2011..tak lama lagi tu...

Inilah chance korang untuk nak meningkatkan follower below 500..above tak diterima :p...Jom join :)




Tuesday, August 9, 2011

Kenangan Lucu Tatkala Ramadhan

Salam dan salam ramadhan..almost 1 minggu lebih tak update blog..maaf la kalau korang ternanti-nanti entry aku yang latest (perasan)..kali ni aku berkongsi cerita tatkala berlaku dalam bulan puasa..peristiwa ini terjadi ketika kami mahu menyelesaikan assignment Customer Service Principle..masa tu terjadi dalam bulan puasa..bulan puasa pun kena juga la pergi..kalau tak failed..aku bersama 3 ahli yang lain..Keyla,Zila,Ika and Dazy menuju la ke company McDonald..bukan senang woo nak kesana..dalam 3-4 kali la naik turun bas..habis duit tambang..yelah kami kena ada kat sana dalam pukul 3 petang..

Nak jadikan cerita..sampainya kami di 1 tempat perhentian bas tak silap kat Highway Shah Alam..kami berempat turun dan menunggu bas nombor berapa ntah kami kena naik untuk ke Damansara..kami dengan selambanya duduk dengan muka-muka yang tak dikenali..mulanya aku tak perasan la why ramai ada kat situ..tengok tangan orang ada pakai rantai..but..dalam beberapa minit kemudian baru perasan..la polis tengah buat operasi tangkan pendatang asing yang tak ade permit..no wonder la ada polis siap pegang gari and menyamar..yang penumpang bas lain yang perhati dalam bas dok senyum-senyum aje..aish..dah la kami pakai baju kurung siap student card lagi..duduk dengan mereka..mau tak orang dok senyum kat kami..haha..but a few minutes later..bas pun datang and tinggalkan pendatang asing yang dok kena gari...masing-masing tergelak dok mengenang kejadian tu...

Bila terkenang balik peristiwa tu..kelakar rasanya..tapi alhamdulillah..finally done juga interview petang tu dengan keadaan puasa dengan letih...

before nak ke HQ McDonald...

p/s:apa kenangan lucu korang masa bulan puasa?


Sunday, July 31, 2011

Salam Ramadhan 1432 H

Assalamualaikum..alhamdulillah sudah sampai masa kita bertemu di bulan yang mulia ni..Ramadhan Al Mubarak..moga-moga kita memperoleh keberkatan dan rahmat dariNya..Insya Allah
Hayati kata-kata ini

Rejab Bulan Taubat
Syaaban Bulan Mahabah
Ramadhan Dilimpahi Pahala Amalan
Seperti Hujan Mencurah Banyaknya

Rejab Bulan Menabur Benih
Syaaban Bulan Menyirami Tanaman
Ramadhan Bulan Menuai

Rejab Digandakan 70 Pahala
Syaaban Diganda 700 Pahala
Ramadhan Digandakan 1000 Pahala

p/s:mesti tak sabar tunggu pengumuman puasa malam ni kan... :)



Ikhlas
Aliah Husna :)

Wednesday, July 27, 2011

Wordless Wednesday - 7

Salam and hye..hari ni seperti biasa blogger post pic without description or penerangan gambar tersebut


Jangan jealous :P

Monday, July 25, 2011

BEN ASHAARI TANYA BERANI KE KRITIK BLOG AKU?


Salam...ni merupakan kali kedua kali aku join segmen oleh En. Ben kita..so hopefully bagi kritikan ikhlas..apa yang terkurang..apa perlu kena baiki lagi..jangan hentam aku sudah la ye :)


Wednesday, July 20, 2011

Wordless Wednesday - 6

Salam and hye..hari ni semua blogger post 1 gambar tanpa ada penerangan atau cerita disebalik gambar..so here's a pic

Monday, July 18, 2011

Harry Potter and The Deathly Hallows Part 2-The END of journey

Salam and hye..rasanya tak terlambat lagi untuk review filem ni kan..aku baru saja menonton the end of Harry Potter 7 dengan adik bongsu..teruja,excited..yelah filem ni merupakan filem terakhir lepas 10 tahun since 2001..mostly kesemua siri Harry Potter aku mesti tengok tapi ada certain HP yang tak berkesempatan nak menonton..last year Harry Potter 7 Part 1 tak tengok..termiss..ruginya..senang cerita Part 2 aku memang senang faham jalan cerita dan mendebarkan...


Review Harry Potter (ikut pemahaman saya )
Harry, Ron and Hermione teruskan pengembaraan untuk nak bunuh 3 ular Horcruxes untuk lemahkan kuasa Lord Voldermort ..firstly mereka ke Grignotss, Bank Sihir(betul ke ejaan.?) nak cari cawan yang ada kat bilik kebal Bellatrix Lestrange..Hermione dengan Ron terpaksa menyamar..tapi goblin ni tipu..so mereka terperangkap..but mereka selamat..Part ni jugak ada Harry Potter tau rahsia disebalik Prof Snape..rupanya Snape dulu pernah fall in love with Lily(ibu Harry)..ada part sedih sebab ramai yang mati termasuk kembar Weasly..Fred..most sad..Prof Snape pun mati sebab Lord Vondermolt bunuh..ada kelakar sebab mak Ron bunuh Bellatrix..tak sangka..hehe..HP 7 juga dia flash balik Harry dari kecil sampai dah dewasa

Totally filem ni terbaik..banyak part mendebarkan and advanture..siapa yang tak menonton cepat-cepat serbu pawagam..memang best..I give 4 bintang untuk filem ni...

Catitan: lepas ni memang kena baca balik novel dengan tengok previous HP..nak tau banyak lagi spell magic.. :D
Neville Longbottom pun dah handsome..hehe

Saturday, July 16, 2011

Tiru Suara....

Salam and hye..semua orang ada kelebihan dan kekuatan masing-masing kan..so hari ni kita share about some talented artist yang boleh tiru suara artis..aku explore video ni and tertarik dengan seorang ni yang boleh tiru suara 100 karakter dalam masa 5 minit..Tak caya? Tonton video ni


macam mana? tu luar negara..Malaysia pun ada kan..siapa lagi kalau tak lain tak bukan Jozan  eh Johan..


Eric Ling,Chef Two dengan Dr. Fadilah Kamzah  Kamtumi..mesti korang dah tau..tengok banyak kali pun still buat aku tergelak..

catitan: aku still tengok video Maharaja Lawak Minggu ke 11 Jozan..kelakar aje time Johan tiru Hafiz dalam video klip Awan Nano tu..

Salam Nisfu Syaaban :)

Thursday, July 14, 2011

"MEGA GIVEAWAY AMALINA BEST!!"

Salam and hye..as ditag oleh blogger Amalina Zainal untuk join her giveaway..so dengan senang hati saya mau join :)


  • FOLLOW blog Amalina dengan ikhlas ye.. :] --done
  • Letak header dan link kan---done
.:ME.AS.MYSELF:.


 Senarai sponsor dan follow---done


  • Pilih 3-5 hadiah yang paling korang nak..
  • Latest shawl ScarfSweetHoney
  • Macaroon daripada Kak Yong
  • Goodie Bags And Bag From MYEZATUL AQMA
Sebab nak hadiah tu...saya mau bergaya dengan shawl ditemani bag yang meletop disisi sambil menikmati Macaroon Kak Yong..(kebetulan nama panggilan sama)..haha

Tag 3 orang 

Tarikh Tamat 25 Julai 2011

TINGGALKAN LINK ENTRY KORANG KAT KOMEN.. :] DAN JERIT 
KAT SHOUTBOX---alright..akan send..


Good luck :) and cepat-cepat join ya...

Wednesday, July 13, 2011

Wordless Wednesday - 5

Salam and hye..hari ni macam biasa dimana blogger akan post 1 gambar tanpa ada description mengenai gambar tu..here's a pic

Monday, July 11, 2011

GiveAway dari KOREA dan BANDUNG

Salam and hye..aku interested nak join Giveaway ni..dari Korea dan Bandung lagi..wow..jom join

Photobucket

Syarat-syarat penyertaan:

  1. Beralamat di Malaysia dan mempunyai BLOG.
  • sudah tentu
2. Follow dua blog berikut.

3.Buat satu entry bertajuk : SAYA NAK GA DARI KOREA DAN BANDUNG!

4. Copy code banner..done

5. Tag sekurang-kurangnya 2 orang & pastikan dorang tahu yang dorang ditag.
6.Hantarkan link entri anda di ruangan komen entry INI sahaja
  • ok..akan send 
Tarikh tutup 15 Ogos...cepat-cepat join :)



Sunday, July 10, 2011

Cerpen membawaku ke....

Salam and hye…lupakan isu Bersih yang sebenarnya tak berapa nak Bersih…dok mengemas pagi tadi kat bilik (dah terlebih rajin) bersepah-sepah…aku terjumpa fail yang ada segala dokumen, sijil-sijil…and salah satu sijil membawa kenangan dan bermula la penulisan dunia blog aku..ecece..macam poyo

Aku start menulis cerpen ni masa Form 4.. rasa nak mencuba nak menulis cerpen timbul bila selalu dok baca cerpen best kat majalah tak pun antologi cerpen..tu tipu..idea nak menulis cerita ada tapi tak tahu nak mula macam mana…bila Dewan Bahasa dan Pustaka bahagian Utara anjurkan Menulis Cerpen Peribahasa..aku terus cuba..yup..aku nak cuba nasib..ada rezeki Insya Allah..menulis cerpen memang ambil masa mungkin singkat compare nak menulis novel..yelah nak kumpul bahan lagi..aku tulis cerita mengenai pemuda yang bakal ke tali gantung..flash balik apa yang dia buat sampai la meringkuk ke penjara..tu pun pening nak buat mula-mula..sapa watak utama..ada juga aku rujuk sikit kat majalah tak pun surat khabar pasal isu dadah ni..dah siap draft mestilah kena edit kan..aku serahkan draft cerpen tu kat cikgu untuk edit..mana la tau salah tatabahasa kan.. :P

After dah siap type dan hantar aku tawakal..and next year..awal tahun bila balik dari sekolah..aku dapat surat daripada DBP

Aku terkejut..biar betul..baca balik surat..ni betul-betul bukannya cobaan..syukur Alhamdulillah..


ni baru draft


Surat dari DBP...


Sijil penghargaan dari DBP..terharu :')

Bermula cerpen..aku dah suka menulis..and terhasil la blog ni....

Hajat nak menulis novel ada..maybe one day..Insya Allah..nak kena asah lagi..hehe



Lots a love
Aliah Husna

Friday, July 8, 2011

Workout time with Kamen Rider

Ting ting ting Assalamualaikum and hye..tatkala cuti semester yang sangat la panjang..4 bulan..ditambah aku tak pun kerja sambilan macam student lain.. I mean penganggur terhormat..sampai aku ditegur nampak berisi sedikit..what??oh no..it can’t be happened to me…tu la kau duduk umah asyik dok makan..tido..online..buat benda yang sama setiap hari + tak bersenam that’s why berat badan naik..(jangan tanya beratku berapa.. sensitive :P)

One day aku explore kat youtube..cari la video nak workout kan..and finally aku jumpa satu video ni Kamen Rider!aku tak berapa tau sangat kartun Kamen Rider. Bila tengok workout Kamen Rider..kelakar pun ada..senang cerita badan cepat berpeluh masa awal-awal workout tu..it’s easy..video ni ada 2 part..





Ada part yang tak workout tu skip je

Lepas ni kalau nak kurus ikut la workout Kamen Rider ni..tak perlu beli pil kurus dan segala macam tu..tu kan cara paling singkat nak kurus..but for me..jogging or workout tu yang penting..

Let’s workout..

Lots a love
Aliah Husna

Catitan: Terima kasih kepada blogger yang beri komen and kritik my blog..segala kelemahan akan cuba diperbaiki..saya pun tak la berapa arif lagi..thanks again…

Wednesday, July 6, 2011

Wordless Wednesday - 4

Salam and hye..hari ni seperti biasa dan sedia maklum semua blogger akan post gambar tanpa ada description or senang kata tak ada penerangan..so here's a pic

Daa..

Monday, July 4, 2011

Telatah Kanak-kanak

Salam and hye..maaflah blog ni lama menyepi.. I’m back..pernah tak melayan kanak-kanak yang banyak ragam..aku akui ada cabaran nak melayan kanak-kanak yang majoritinya berumur 1 tahun hinggalah 6 tahun especially ibu bapa..kadang tu sampai pening kepala mau melayan telatah mereka..tetapi telatah merekalah buat kita terhibur…betul tak..kebetulan masa weekend baru ni aku melayan telatah sepupu kecil ni..umurnya 4 tahun ..macam-macam ragam..tapi awas..kalau mengamuk..siap menjerit..siap-siap la tutup telinga..tahan ke? Hehe

Namanya Anis Maisarah..umur 4 tahun..keletahnya memang mencuit hati..cara percakapannya mengikut dialog kartun..contohnya kartun Dora The Explorer.. ‘saya tak nampak awak’ ‘maafkan saya’..memang kelakar…(kuat makan tau tu sebab tembam.. :P)

Time ni kala aku membawanya bersiar-siar

Tembam tak saya?

Basikal roda tiga :p

Korang bagaimana? Ada susah dan senang kan nak melayan telatah mereka..but it’s totally fun to have them..

Daa..

Catitan:tatkala update blog..mata aku kuyu..rest time!

Wednesday, June 29, 2011

Wordless Wednesday - 3

Salam and holla..hari ni Rabu tanpa kata dimana blogger akan post picture masing-masing tanpa berkata apa-apa pun..interpritasi masing-masing la kan...


Daa...

Catitan: Salam Israk Mikraj..dah ganti puasa ke?..hihi

Monday, June 27, 2011

Kek Batik

Salam and holla..kali ni kita buat segmen masak memasak ok? hari ini Chef Alia nak share penyediaan untuk membuat kek batik..so simple..korang pun boleh buat..tetiba nak makan kek batik hari ni sebab lama tak makan..hehe..

Bahan-bahannya:
  • Biskut Marie
  • Butter
  • Milo
  • Susu Pekat
Cara penyediaan:
  • Mula-mula hancurkan biskut marie tu..nak banyak mana biskut marie tu terpulang..
  • Then, panaskan kuali..masukkan butter..jangan sampai hangus butter tu...
  • Seterusnya masukkan susu pekat manis..(cap apa suka hati la)..kacau
  • Next step masukkan milo..kacau sampai la sebati...
  • Masukkan biskut marie yang dihancurkan tu..gaul..kalau biskut marie macam nak hangus..tuangkan air agar tak hangus..
  • Bila biskut marie dah sebati..angkat..letakkan dalam dulang..biarkan sejuk..
  • Sudah sejuk barulah kek batik tu dipotong dan boleh dihidang..
Senang je kan..kek batik ni sesuai dimakan bila-bila masa..sarapan pagi sampai la minum malam.

Inilah hasilnya

Tadaaa...Kek Batik

Cuba la..simple tapi sedap..

Catitan: Kek Batik mula-mula makan memang sedap tapi jemu kan kalau makan banyak..
Prepare air masak sebab kek ni manis